Kekerasan Cemarkan Imej Islam

MASALAH yang sering dihadapi oleh umat Islam dalam memprojekkan agama Islam sebagai agama perdamaian, dinamik, progresif dan selari dengan perubahan masa dan zaman ialah realiti yang wujud di dalam masyarakat Islam dan di negara-negara Islam yang pada umumnya agak bertentangan dengan gambaran yang hendak diprojekkan itu. Perselisihan di antara umat Islam sendiri yang kadang-kadang membawa…

Kemantapan Usul Agama UMNO

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang berlangsung dari 11 hingga 13 Mei lalu memperlihatkan kematangan usul mengenai agama, iaitu merangkumi kerangka kefahaman yang menyeluruh tentang world view Islam dan kemampuannya menangani arus globalisasi dan multi media masa kini. Banyak dimensi yang dapat ditafsirkan dari usul ini yang juga memprojekkan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh…

Mencipta Sejarah Menghormati Ilmuwan

HANYA bangsa yang besar dan bertamadun sahaja yang menghargai ilmu pengetahuan. Oleh kerana ilmu pengetahuan memerlukan pendokong-pendokongnya yang besar dan berketrampilan, maka para ilmuwan haruslah dihargai dan diberikan penghormatan yang sewajarnya sebagai sumber inspirasi ke arah meneruskan tradisi keunggulan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Sesuai dengan objektif ini maka Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada…

Menghadapi Kenyataan Ketika Berkuasa

TULISAN saya minggu lalu tentang kenyataan negara kita, malah negara-negara lain umumnya, yang memerlukan tindakan berasaskan realiti negara dan penduduknya menarik perhatian ramai orang termasuk pembaca yang terdiri daripada warganegara Malaysia yang berada di Jepun yang menghantar pandangan positifnya tentang perkara itu. Motif tulisan saya itu ialah untuk menjelaskan bahawa seseorang atau satu kumpulan itu…

Hijrah dan Cabaran Minda Islam

MINGGU lalu saya menulis tentang orang Melayu, bilakah agaknya keseluruhan kita akan dapat berubah dari segi sikap dan pemikirannya yang jumud dan negatif. Kita telah mengalami perubahan zaman dan waktu yang amat penting dalam sejarah hidup umat manusia. Kita telah memasuki abad dan alaf baru, abad ke-21 dan alaf yang kedua dengan menjelangnya tahun 2000…

Bilakah Orang Melayu Akan Berubah?

SETIAP kali menonton filem Melayu klasik saya melihat banyak pandangan yang memberikan gambaran negatif tentang budaya dan cara hidup orang Melayu zaman lampau. Perbuatan menikam dari belakang, mereka-rekakan fitnah dan cerita karut tentang orang lain kerana didorong oleh emosi cinta dan sifat tamak haloba kerana gilakan kuasa dan pangkat telah menjadi satu gejala yang amat…

Bersegera Mengerjakan Perkara Baik

SATU ajaran penting yang terkandung di dalam al-Quran yang perlu kita jadikan iktibar dalam membentuk budaya kerja kita ialah seperti yang ditegaskan Allah s.w.t. di dalam surah Luqman, ayat 34 yang bermaksud: Dan tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apakah yang akan diusahakannya esok. Ayat ini menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat…

Belajar dari Ujian dan Krisis

KITA sebagai manusia akan sentiasa berterusan menghadapi ujian di dalam kehidupan ini. Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Ankabut, ayat 2: Apakah manusia beranggapan bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum lagi diuji? Ternyata di sini bahawa sebesar mana sekalipun iman seseorang itu, selagi ia bernama manusia, maka ia akan…

Memerangi Fahaman Jumud dan Liberal

SALAH satu sesi bengkel Kongres Profesional Muda Melayu (KPMM) yang diadakan pada 26 dan 27 Februari yang lalu ialah bengkel agama, budaya dan sosial. Bengkel tersebut telah merumuskan banyak resolusi bagi ketiga-tiga persoalan pokok yang dibicarakan. Di antara resolusi yang penting di dalam bidang agama ialah memahami pandangan sejagat atau world-view Islam secara menyeluruh, terutama…