Ramadan: Menahan Lapar, Menundukkan Nafsu, Membina Kawalan Diri
Pejam celik, tanpa disedari, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ‘tetamu’ yang dinanti-nantikan ini pergi meninggalkan kita. ‘Tetamu’ yang digelar penghulu segala bulan (sayyidu al-syuhur) dan bulan penuh keberkatan (syahr al-mubarak) ini adalah bulan Ramadan.