Remaja Perlu Lebih Beretika di Alam Siber

Golongan remaja sewajarnya perlu berusaha untuk belajar menjadi seorang remaja yang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika melayari internet. Ungkapan ini bukan ingin menuduh bahawa golongan remaja tidak bertanggungjawab ketika di dunia siber, dan tidak juga mengiyakan bahawa mereka ini lebih beretika lagi ketika di alam nyata kehidupan seharian mereka berbanding di alam siber. Ini memandangkan…

Islam Turut Promosi Kesihatan Mental

Usaha mempromosi kesihatan mental amat sinonim dengan agensi atau jabatan tertentu yang berkaitan secara khusus dengan perubatan dan kesihatan. Justeru itu di negara ini, tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Kesihatan memang sentiasa aktif dengan sebarang isu berhubung rawatan dan penjagaan kesihatan mental. Begitu juga di peringkat antarabangsa, usaha advokasi dan promosi rawatan serta penjagaan kesihatan…

Fadhilat Ramadhan Dalam Menghalang Penularan H1N1

Sememangnya seluruh umat Islam amat memaklumi bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bulan ini juga merupakan satu tempoh yang menyediakan pelbagai peluang yang amat baik, bukan sahaja untuk menyucikan diri dari segala dosa, tetapi juga memperbanyakkan amal kebajikan. Di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia, bulan ini juga…

Undang-undang Dapat Meningkatkan Ketaatan kepada Agama

Dalam sistem pendidikan Islam, antara tanggungjawab awal adalah mengajar kepada anak-anak hal ehwal berkaitan agama seperti aspek ketauhidan dan akidah, kefahaman berkaitan ibadah dan juga akhlak. Pendidikan awal seumpama ini akan membentuk jati diri mereka sebagai seorang insan yang bukan sahaja mengenali Tuhan dan agamanya, tetapi juga mendidik hati dan jiwanya untuk kasih dan berbakti…

Keutuhan Moral Bantu Banteras Jenayah

Kemajuan yang ingin dicapai oleh sesebuah negara seolah-olah sudah sinonim dengan peningkatan kes berkaitan jenayah. Pengalaman dari negara-negara Barat yang telah lama maju menggambarkan situasi seperti ini. Dan fenomena yang sama kini turut menjangkiti masyarakat di negara ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana halangan utama dalam membina negara dan masyarakat yang bertamadun tinggi adalah sikap…

Penghijrahan Sikap, Minda Ummah Hadapi Persaingan

Hijrah merupakan satu peristiwa amat penting dalam kehidupan orang Islam kerana terkandung di dalamnya pelbagai amanat dan pengajaran. Penghayatan yang penuh bermakna terhadap peristiwa ini sebenarnya mampu mencetuskan pelbagai sumber inspirasi dalam kehidupan seluruh masyarakat. Sebagaimana hijrah Nabi Muhammad itu telah membawa banyak perubahan dan kemajuan dalam diri dan kehidupan Baginda s.a.w serta di kalangan…

Serikan Sinar Syawal Tanpa Asap Rokok

Ketibaan 1 Syawal amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di serata pelosok dunia. Menjelangnya fajar di pagi Syawal ini menandakan bermulalah kemeriahan Aidilfitri. Segenap lapisan umat Islam tanpa mengira usia meraikan sambutannya dengan penuh kesyukuran. Aidilfitri merupakan satu perayaan yang suci atau fitrah dalam Islam, yang dianugerahkan Allah kepada seluruh hamba-Nya sebagai satu tanda kemenangan.…

Memelihara Sensitiviti Agama Asas Perpaduan

Sebagai warganegara, setiap individu wajar menghormati undang-undang dan menunjukkan ketaatan kepada pemerintah dan negara. Mereka tidak wajar menunjukkan tanda penentangan sama ada kepada pemerintah mahupun rakyat. Tindakan segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab mencampur-adukkan makanan halal dengan makanan yang tidak halal adalah satu tindakan yang mempunyai unsur sabotaj, bukan sahaja akan mencemar imej negara, atau bertujuan…