Salah Faham Gangguan Mental di Kalangan Umat Islam

Kita sering mendapati di kalangan umat Islam Melayu di negara ini yang menghidapi penyakit mental akan pergi mendapatkan rawatan penyakit yang mereka alami daripada mana-mana individu yang mereka lihat mempunyai kuasa, hubungan atau pegangan kepercayaannya yang kuat terhadap perkara berkaitan supernatural. Kepercayaan supernatural atau supranatural berlaku apabila seseorang itu mempercayai akan kewujudan satu sumber kuasa atau tenaga yang berada di…

Mempertingkatkan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Masyarakat

Satu perkara yang merungsingkan kita semua apabila dianggarkan ramai penduduk di negara ini akan mengalami pelbagai bentuk gangguan berkaitan kesihatan mental menjelang tahun 2020.  Ini adalah anggaran yang telah dinyatakan oleh sebuah laporan akhbar pada 17 Ogos tahun 2005 di mana pada tahun 2020 itu nanti, penyakit mental dianggarkan akan menjadi penyakit nombor satu negara. Tahun…

Bunuh Diri dan Gangguan Mental

Gejala bunuh diri yang berlaku dalam masyarakat negara ini didapati semakin berleluasa pada masa kini. Ia seperti satu fenomena yang sudah biasa berlaku, sama seperti kejadian bunuh diri yang berlaku di negara-negara luar, di mana masyarakatnya sudah biasa, lali atau masak dengan kejadian seperti itu. Umpamanya, di negara China, ia merupakan sebuah negara di mana…

Kreativiti dan Kesihatan Mental

Kreativiti didefinisikan sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk melahirkan atau menghasilkan sesuatu idea atau objek yang baru dan amat bernilai dalam kehidupan. Seorang penyelidik kreativiti, Mumford, di dalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Where have we been, where are we going? Taking stock in creativity research’ menyatakan bahawa kreativiti itu adalah satu proses yang mengakibatkan kepada sesuatu penghasilan…

Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Fizikal

Pepatah Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau aqal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam mewujudkan kewarasan aqal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula mengatakan ‘there is no health without mental health’. Ungkapan ini pula melihat bahawa kesihatan yang menyeluruh itu tidak akan menjadi…

Ketakwaan Ramadhan Pemangkin Amalan Murni di Aidilfitri

Ketibaan Aidilfitri amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ia menandakan kemenangan mereka selepas menempuhi ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Namun perlu diingati bahawa amalan di hari lebaran dalam bulan Syawal adalah kesinambungan daripada amalan dan ketakwaan yang telah dijana ketika di bulan Ramadhan. Sebagai renungan, kehadiran bulan Ramadhan menandakan tibanya satu bulan di…

Cabaran Terhadap Kreativiti dan Inovasi Dalam Kesihatan Mental

Pada awal minggu ini, telah berlangsung satu persidangan kesihatan mental yang bermula dari 26-28 Julai 2010. Program yang dikenali sebagai Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur ke 7 itu diadakan dua tahun sekali, dan merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Antara beberapa objektif ia diadakan ialah bagi mendidik masyarakat supaya…

RMK10 Pertingkat Taraf Kesihatan Mental Rakyat dan Pekerja

Kerangka dasar Rancangan Malaysia Ke-10 telah pun dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh antara 2011-2015. Di antara beberapa dasar yang paling menarik ialah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup yang sempurna di kalangan rakyat. Sememangnya setiap individu adalah berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang…

Proaktif Membangunkan Modal Minda dan Jiwa Rakyat

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes penderaan dilaporkan dalam media cetak dan elektronik, khususnya penderaan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Penderaan yang dilakukan terhadap mereka merupakan perlakuan yang amat ganas kerana terdapat kejadian tersebut yang membawa kepada kematian. Walaupun peristiwa-peristiwa seperti itu mengundang banyak reaksi marah dan kesal di kalangan pelbagai agensi, NGO dan orang…