Utamakan Pendekatan Pencegahan Berbanding Rawatan

Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Itulah peribahasa yang sering kita dengar untuk mengelakkan diri daripada terkena sebarang penyakit. Ini adalah kerana apabila sudah terkena sesuatu penyakit, proses untuk mengubatinya adalah lebih susah. Justeru digalakkan untuk mencegah penyakit daripada terpaksa berbelanja besar untuk merawatnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya…

Bahaya Masyarakat Yang Mementingkan Kebendaan

Masyarakat Malaysia kini menjadi semakin kebendaan/ materialistik. Seseorang itu biasanya akan dinilai melalui kereta apa yang dipakai, rumah bagaimana yang didiami serta di mana, jenama pakaian  yang dipakai. Budaya bermewah-mewah amat digemari seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini. Apa yang jelas kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan.…

Krisis Keyakinan Pengguna di Malaysia Umpama Tiada Noktahnya

Negara kita dikejutkan dengan isu coklat yang dikatakan mempunyai DNA babi. Sudah bertahun-tahun coklat tersebut berada di pasaran tiba-tiba ia diumumkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada yang telah membeli coklat tersebut dengan kuantiti yang banyak semasa bercuti ke tempat bebas cukai. Mereka rasa serba salah samada hendak dibuang coklat yang dibeli memandangkan…

Undang-Undang Untuk Dihormati Bukan Digeruni

Apabila disebut perkataan undang-undang, ramai yang agak gementar. Mereka akan membayangkan mahkamah, hakim, peguam, polis, penjenayah, penjara dan macam-macam lagi.    Apakah yang dimaksudkan undang-undang? Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua orang…

Isu Harga Rumah Melambung

Baru-baru ini IKIM telah mengadakan satu Muzakarah Pakar bertajuk: “Harga Rumah Melambung: Isu dan Penyelesaian” khas bagi membincangkan isu kenaikan harga rumah yang dikatakan tidak munasabah. Isu ini sudah menjadi isu nasional; yakni isu negara yang menyentuh keseluruhan masyarakat. Harga rumah yang tinggi pada hari ini memang telah banyak diperkatakan. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan…

Kurangkan sikap terlalu kebendaan Raya ini

Sudah lebih kurang seminggu umat Islam menyambut Hari Raya. Syawal yang tiba dinantikan kerana ia menandakan hari kemenangan melawan hawa nafsu pada siang hari sepanjang Ramadan, serta kemenangan kerana dapat menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang. Kesempatan menyambut Hari Raya bersama keluarga dan rakan semestinya menggembirakan lebih-lebih lagi selalunya agak sukar berkumpul beramai-ramai begitu.…

Orang Luar Lebih Menghargai Nikmat Agama Islam

Agama Islam sememangnya merupakan agama yang indah. Namun cahaya keindahannya umpama permata itu sering tenggelam disebabkan akhlak dan perangai negatif umat Islam.  Amalan, akhlak dan tindak tanduk umat Islam seringkali tidak seindah dan secantik seperti agamanya. Akhlak mulia serta nilai-nilai positif telah lama hilang dalam kehidupan kita. Sebaliknya kita lebih mementingkan diri sendiri dan tidak…

Pelihara Jalinan Ukhuwah Sesama Islam

Demam pilihan raya semakin terasa di seluruh negara. Rata-rata topik perbincangan adalah tentang calon pilihan masing-masing, malah anak-anak sekolah pun sudah pandai berpolitik! Dalam kehangatan menghadapi suasana pilihan raya, kadangkala emosi menjadi tidak terkawal dan akibatnya tercetuslah pergaduhan serta permusuhan sesama sendiri. Kes-kes kesalahan yang berkaitan pilihan raya pun sudah banyak berlaku di seluruh negara.…

Dedahkan anak dengan ilmuwan Islam sejak kecil

Kebetulan agak banyak menerima undangan majlis perkahwinan sejak akhir-akhir ini. Kesempatan itu juga digunakan untuk melihat gelagat orang di sekeliling dan dari pemerhatian didapati rata-rata masyarakat Melayu di Malaysia amat menggemari hiburan. Sesuatu majlis akan dilihat pincang jika tiada hiburan dan nyanyian. Di akhir majlis pula kanak-kanak seawal usia dua tiga tahun sudah pandai menyanyi…