Bukan Sekadar Impian Untuk Miliki Rumah Sendiri
Semua orang mengimpikan mempunyai rumah sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Rumah merupakan perkara asas bagi kehidupan, ia adalah tempat bagi keluarga menjalani kehidupan seharian dan beristirehat. Sabda Rasulullah SAW maksudnya ”Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik(solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik…