Harga Sebuah Kepercayaan

Kepercayaan merupakan teras kehidupan dan nadi kewibawaan sesebuah negara. Semakin tinggi kepercayaan, semakin penting kedudukan negara dalam peta dunia. Kepercayaan tidak boleh dicagarkan sewenangnya. Kepercayaan yang terancam perlu dipulihkan walaupun sukar dan amat malang bagi negara yang terdedah kepada ancaman kepercayaan tetapi terus diabaikan.

Waraskah Pengguna Peranti Pintar?

Slogan syarikat Apple Inc. “The only thing that’s changed is everything” semasa pelancaran telefon pintar iPhone 6S dan iPhone 6S Plus baru-baru ini, perlu direnungi sedalam-dalamnya. Bukan kerana teknologi dan inovasi yang dibawa oleh telefon pintar ini, tetapi fenomena kegilaan dunia terhadap peranti pintar. Apa yang berlaku ialah pembeli sanggup beratur panjang dan ‘berkhemah’ beberapa…

Keseimbangan Sistem Kepercayaan dalam Muamalah

Kematangan fahaman Islam di Malaysia perlu diiktiraf dengan memberi ruang kepada keseimbangan dalam rekayasa pembangunan tamadun dengan keselarian di antara tata-aqidah dan muamalah. Bertambahnya sifat ketidakcukupan moral, kemiskinan adab, pengabaian tanggungjawab, penguncupan keseimbangan serta kegagalan perundangan hasil dari kerangka kapitalis dan sekular jelas memerlukan pemulihan. Masa untuk kembali kepada aturan Islami sudah lama tiba, apatah…

Wang dan Kewangan Islami

Kewangan Islam telah diterima umum dan menjadi satu industri yang amat memberansangkan. Namun terdapat tanggapan bahawa kemudahan kewangan Islam tiada beza dengan kewangan biasa kecuali nama kontrak tersebut dalam bahasa arab dan borang-borang berwarna hijau. Kalau kontrak tersebut pinjaman, pelanggan masih perlu membayar lebih dari apa yang dipinjamkan atau kadang-kadang lebih tinggi. Adakah sama faedah…

Penghayatan Syukur di Aidil Fitri

Menafikan peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat dan sia-sia dalam…

Teknik Pemasaran Mengelirukan

Dalam pasaran bebas berlandaskan konsep pembeli berwaspada atau ‘caveat emptor’, tugas membezakan baik dan buruk adalah tanggungjawab pengguna. Tidak semua barangan yang ditawarkan baik dan ada sesetengahnya pula langsung tidak menepati keperluan. Namun, perkembangan terkini teknik pemasaran telah memberi kebebasan yang luas kepada pengusaha dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka. Sudah sampai masanya umat Islam…

Peranan Bank Merangsang Ekonomi Negara

Seluruh dunia sedang mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Berbagai langkah diambil bermula dari pakej rangsangan dan cetusan fikrah menerajui hala baru. Sejauh manakah dunia akan berhadapan dengan kemungkinan krisis ekonomi lagi di masa akan datang? Persoalan ini perlu dilihat dari sejauh mana penambahbaikan dibuat terhadap punca-punca kemerosotan aturan kewangan yang pernah…