Kenaikan Berangkai Merencana Pembangunan Malaysia

Hati kakitangan kerajaan berbunga mekar kerana penantian yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Mungkin ramai tidak menjangkakan bahawa kenaikan yang begitu memberangsangkan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Kelima iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini. Pengumuman ini merupakan hari bersejarah bagi kakitangan awam dan akan merencanakan Malaysia bagi tempoh-tempoh akan datang.…

Penjajahan Bentuk Baru

Suatu keadaan yang pasti di lalui dalam kehidupan ialah perubahan. Itulah tandanya baharu alam ini. Dunia juga berubah dari masa ke semasa. Terkadang sukar untuk kita fahami perubahan ini. Bagi mereka yang alpa sering menjadi mangsa perubahan. Begitu juga dengan perubahan dalam bentuk kuasa dan penjajahan. Dari zaman penjajahan bersenjata atau kekerasan berlaku, yang lemah…

Kelangsungan dan Keharmonian Perlu Ijtihad

Forum Jihad Ekonomi yang dianjurkan oleh Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) baru-baru ini membuka fikrah baru ke arah menyempurnakan perjuangan mengangkat martabat ekonomi bumiputera dan wadah keseimbangan ekonomi kebangsaan. Syarikat Milik Kerajaan (GLC) telah melaksanakan perancangan yang wajar ke arah ini. Kesannya, banyak syarikat bumiputera pelbagai kluster merasai nikmat pasaran dan kelangsungan syarikat dengan mendapat…

Bahaya Taqlid Dalam Masyarakat Kini

Zaman telah berubah dari era demi era sehinggalah ke era pengetahuan dan teknologi. Masyarakat dari hari ke hari disuapkan secara sengaja atau tidak dengan berbagai kefahaman dari pelbagai sumber. Kebaikan umat Islam makin boleh dipersoalkan malah ada di kalangan umat Islam tiada kepastian atau meragui sendiri agama mereka. Yang tergadai maruah dan agama berlari seiring…

Peluang Integrasi Melalui Latihan Industri

Sulaman integrasi antara kaum di Malaysia kini semakin bercelaru dan melompangkan jurang yang membimbangkan terutama apabila isu-isu sensitif seperti keagamaan, hak samarata dan wadah politik dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan. Sekali direnung ke hadapan, agak mustahil keharmonian dalam masyarakat berbilang bangsa dapat dicapai sekiranya tindakan wajar tidak diambil. Akhirnya, sejarah Malaysia akan mengulangi lagi detik cemas peristiwa 13 May…

Harga Perkhidmatan Pekerja Asing Tidak Mahir

Di dalam teori ekonomi, semua perkara dilihat dari sudut nilai ekonominya. Nilai ini juga yang menarik kecenderungan kita untuk membuat keputusan dan kesanggupan membayar harganya manakala perkara lain dilepaskan kerana kekurangan kelebihan berbanding pilihan yang dibuat. Begitu juga berlaku dalam keputusan kita menggunakan khidmat pekerja asing yang tidak mahir. Keputusan ini telah menyebabkan kita membayar…

Ketuanan Ekonomi Bumiputera: Pembinaan Semula Rantaian Pembekal

Masalah jurang pendapatan antara kaum di Malaysia merupakan masalah besar negara dan rumit untuk diatasi. Kita hanya mempunyai 14 tahun lagi menuju ke Wawasan 2020. Namun, masih terdapat lagi pertikaian kadar pemilikan ekuiti kaum bumiputera yang jelas menunjukkan bahawa ada pihak tertentu mempunyai perbezaan pandangan dari segi penetapan kayu pengukur. Dari sudut yang lain, percanggahan…

Kebebasan Kewangan

Apabila disebut kebebasan kewangan, ramai yang berpendapat bahawa orang yang mempunyai kebebasan kewangan ialah seseorang mempunyai wang yang banyak dan tidak terbatas untuk melakukan apa sahaja. Merdeka dari kongkongan keterbatasan kuasa beli. Salah faham ini dalam diam telah membentuk makna dalam hati dan menetapkan kebendaan sebagai matlamat. Adakah wang boleh melakukan apa saja? Secara hakikatnya…

Peningkatan Budaya Hutang Masyarakat: Satu Tinjauan

Dewasa ini, ramai orang berlumba-lumba mengejar kekayaan tidak kira apa latar belakang dan kerjaya. Dalam kesibukan mengejar kekayaan, kerap kali perimbangan di antara pendapatan dan perbelanjaan menjadi semakin pincang. Kaya itu dilihat apabila mempunyai banyak kemewahan dan barang yang dimiliki. Akhirnya budaya suka berhutang menjadi satu kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Suasana…