Hijrah Dari Suatu Pandangan

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah merupakan satu tindakan perancangan yang penuh dengan pengiraan jangka jauh untuk menterjemahkan Gagasan dan Wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara. Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W bermula di Makkah sejak tiga belas tahun sebelum hijrah.…

Ilmuan Islam Perlu Memahami Prinsip-Prinsip Islam Dan Perkembangan Sosio-Ekonomi Semasa

Islam menganjurkan pengabdian manusia sepenuhnya kepada kehendak Allah s.w.t. Manusia dengan itu dimestikan mencorak kehidupan sosio-ekonomi, bermasyarakat dan bernegara mengikut kehendak tauhid. Pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam urusan sosio-ekonomi bertujuan untuk membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan bermasyarakat. Tauhid menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana al-Adl wal Ihsan (keadilan dan…

Penghayatan Nilai Murni Menjana Prestasi Penjawat Awam

Baru-baru ini masyarakat tempatan sibuk membicara peristiwa pemberian hadiah penyapu oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor kepada penjawat awam yang tidak berprestasi mengikut ukuran prestasi yang ditentukan.Sudut yang menjadi asas kepada perbincangan tersebut ialah bentuk pemberian hadiah sebagai simbolik kepada prestasi yang tidak bermutu.Kesemua aspek dari segi budaya dan adat resam pemberian hadiah tersebut turut diperdebatkan.Malangnya,…

Strategi Keuntungan Perniagaan Melalui Tanggungjawab Sosial

Perniagaan adalah amalan ekonomi yang penting dalam menyusun dan membangun sesebuah masyarakat dan negara.  Bahkan keutuhan sesebuah tamadun masyarakat berkait rapat dengan amalan perniagaan dalam masyarakat terbabit.  Nabi s.a.w. mengingat umat Islam tentang pentingnya amalan perniagaan.  Baginda ada bersabda bahawa sembilan puloh peratus punca rezeki di dunia adalah dari amalan perniagaan. Memahami peringatan Nabi s.a.w.…

Pendekatan Perbelanjaan Negara: Satu Huraian Islam

Perbelanjaan negara adalah satu amanah. Ia tidak boleh dibelanja untuk kepentingan peribadi pemerintah. Ia hendaklah dibelanjakan untuk keperluan dan kebajikan rakyat. Rasulullah s.a.w. ada mengarahkan supaya wang negara jangan sekali-kali dibelanja untuk kepentingan golongan pemerintah. Sayidina Umar Al-Khattab, Khalifah Islam kedua ada mengingatkan kepada pemerintah berkaitan wang negara. Beliau menyarankan, “Pada pandangan saya terdapat tiga…

Pendekatan Tauhid Dalam Penyusunan Negara

Islam diutuskan kepada Nabi s.a.w. untuk menyusun dan membangun umat manusia di peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya kecemerlangan hidup di alam akhirat. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya: 107)  Dari ayat di atas jelas…

Kepimpinan Politik Sebagai Contoh Ikutan

Apabila kita membicara ahli politik sebagai contoh ikutan, untuk masyarakat awam pada lazimnya mereka melihat kepada corak kepemimpinan ahli politik terbabit di peringkat Kerajaan yang menerajui negeri atau di peringkat negara.  Kepemimpinan Kerajaan penting kerana segala amanah yang dipertanggung jawab ke atas mereka akan memberi kesan terhadap pengendalian negara dan seterusnya kebajikan rakyat.  Maju mundur…

Kedudukan Sektor Awam dan Sektor Swasta Dalam Pengurusan Sesebuah Ekonomi

Islam diutuskan oleh Allah s.w.t untuk membentuk keperibadian individu yang sempurna dan menyusun masyarakat umat manusia semoga keharmonian dan kesejahteraan manusia setempat dan sejagat dapat dicapai. Mengikut fitrah kemanusiaan, manusia dicipta Allah bukan sahaja dengan memiliki sifat ‘makhluk individu’, ia juga memiliki sifat `makhluk sosial’. Bahkan tema isi kandungan al-Quran menumpu kepada kelakuan manusia di…

Islam dan Agenda Membangun Ekonomi Melayu

Usaha membangun kekuatan ekonomi Melayu adalah suatu usaha yang berterusan dan menepati tuntutan Islam.  Islam melihat aspek kekuatan ekonomi adalah sesuatu keperluan yang sangat penting.  Tanpa kekuatan ekonomi, bangsa Melayu akan pincang dan akan dipinggirkan.  Dan ini akan sekaligus menjadi agama Islam itu sendiri tidak dilihat sebagai agama yang berwibawa untuk membangun tamadun manusia.  Islam…