Kestabilan Negara Tanggungjawab Bersama

Bahang pilihanraya menghampiri kemuncaknya. Kalah atau menang adalah adat dalam pertandingan. Namun yang penting adalah perjuangan yang memacu pertumbuhan dan kestabilan negara perlu diteruskan. Masa yang masih berbaki ini perlu dimuhasabahkan agar kestabilan negara tidak tergadai kerana permusuhan yang berbaur perbezaan fahaman politik. Walau siapa pun yang bakal menerajui kepimpinan negara, sokongan padu yang tidak…

Penerokaan Ilmu Sains Dan Pengahayatan Al-Quran

Menarik, menguja dan mengasyikkan. Bagi sesiapa yang baru bertatih mengenali ilmu sains, sungguh ia menakjubkan. Tidak hairan juga bagi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia sains. Penerokaan ilmu sains seharusnya menimbulkan rasa kagum dan takjub tentang kebesaran Allah.Pembangunan sains dan teknologi tanpa agama adalah buta tetapi tiada siapa pun yang dapat menafikan keperluan sains untuk…

Akhlak Perisai Kukuh, Mengharmonikan Persengketaan

     “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”. Demikian lafaz yang pernah diungkapkan oleh Baginda SAW yang menunjukkan akhlak mulia teras kepada segala aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan ini. Apatah lagi sekiranya dalam melaksanakan amanah dakwah yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Jika hanya berilmu namun tidak berakhlak, ia akan merosakkan dakwah tersebut…

Penyatuan Masyarakat Sebagai Benteng Pertahanan Negara

Bila mana negara diceroboh, mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan tersebut menjadi tanggungjawab ke atas masyarakat. Bukan hanya barisan pertahanan yang perlu terkehadapan untuk membentengi negara tetapi setiap individu yang bergelar rakyat dalam negara tersebut perlu juga membentengi diri bagi menghadapi segala kemungkinan. Apakah bentuk pertahanan itu? Bukan lagi turun ke medan juang tetapi masyarakat…

Ubati Marah, Elak Perpecahan

Cuba renungkan kembali, bilakah kali terakhir kita marah? Mampukah marah ditahan dan bersabar ketika ia sedang membuak-buak? Berapa banyak kata-kata keji dan kesat yang dihamburkan disebabkan perasaan marah? Berapa banyak hati yang terluka kerana nafsu amarah kita? Marah adalah bara yang dilemparkan ke dalam hati anak Adam sehingga ia mudah beremosi, perasaannya membara, urat saraf akan…

Hijrah Ke Arah Pemakanan Sihat : Bermula Daripada Diri Sendiri

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Umumnya, usia 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan. Namun, jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil. Ia merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama…

Obesiti, Kesihatan dan Ibadah

Obesiti bukan lagi perkara biasa yang dapat diterjemahkan sebagai sihat secara fizikal. Namun ia telah menjadi satu masalah yang sinonim dengan penyakit tidak berjangkit yang lain. Ia merupakan satu masalah kesihatan awam yang serius kerana boleh melibatkan komplikasi penyakit lain yang dikategorikan sebagai penyakit moden. Paling membimbangkan, masalah obesiti menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.…

Kewaspadaan Dalam Pemilihan Makanan

“Jika kita ingin anak-anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.” Begitu mendalam ungkapan yang pernah dirakamkan oleh Imam Ghazali rhm.…

Ke Mana Hala Tuju Selepas Ramadhan?

Memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadhan, beerti semakin hampir umat Islam akan menamatkan kem latihan Ramadhan. Namun, apakah pesta ibadah dan kemeriahan yang dirasakan dalam bulan ini akan berakhir di kala satu Syawal menjelma? Biarpun, Ramadhan masih belum melabuhkan tirainya, wajarlah bagi kita untuk memeriksa kembali  perjalanan Ramadhan yang telah dilalui pada tahun ini agar…

Diabetes: Ancaman Kesihatan Yang Dipinggirkan

Jika dahulu, penyakit diabetes tidak menjadi satu kegusaran dalam kesihatan masyarakat. Namun kini, ia menjadi satu ancaman yang meruncingkan akibat daripada prevalens yang menghidapinya adalah 2 kali ganda berbanding 5 tahun lepas. Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 mencatatkan kira-kira 3 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes berbanding hanya 1.5 juta pada tahun 2006.…