Jalur Gemilang Itu Nadi Kita

Panji atau bendera mempunyai sejarah tersendiri berhubung kewujudannya. Penciptaannya merujuk pada lambang atau tanda kebesaran yang dibawa semasa perarakan atau peperangan. Ia juga diiktiraf untuk mewakili autoriti, identiti dan kedaulatan sesebuah bangsa atau negara. Walaupun hanya bermula daripada selembar kain atau kulit binatang, tetapi apabila ia dibuat dengan reka bentuk yang tersendiri secara automatik ia akan menjadi wakil kepada negara atau entiti yang memilikinya.

“Hujan Emas di Negeri Orang…”

Muhammad ‘Abduh, seorang reformis terkenal dari Mesir pernah menyatakan bahawa, “Aku pergi ke Barat dan aku melihat Islam, tetapi tiada Muslim; aku pulang ke Timur dan aku melihat Muslim tetapi bukan Islam.” Sementelah satu peribahasa Melayu pula berbunyi, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.” Menariknya kedua-dua frasa…