Kemuncak Jiwa Merdeka

Bulan kemerdekaan biasanya menjadi suatu fasa yang bersifat imbauan. Kembali kepada sejarah untuk menilai kecintaan terhadap tanah air. Akan tetapi apa juga bentuk kemerdekaan, ia bermula dari jiwa yang merdeka. Jiwa yang merdeka akan memberikan suasana hidup yang sejahtera. Sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Semakin besar peranan seseorang, maka semakin besar nilai kemerdekaan dan kesejahteraan yang…

Hisbah Terhadap Barangan Daruriyyah

Al-Syirazi menyatakan bahawa ‘al-hisbah’ ialah tindakan mencegah perbuatan atau perkara yang boleh mengakibatkan bencana dan mudarat kepada orang ramai. Ada juga yang memaksudkan tugas dalam hisbah ialah menjalankan amal makruf dan nahi munkar dalam semua urusan yang tidak menjadi tugas khusus pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hakim-hakim dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan yang lain. Petugas badan hisbah mempunyai…

Cabaran Institusi Perkahwinan Hari Ini

Perkahwinan dibina disebabkan pelbagai alasan. Apa pun alasan tersebut, tujuannya adalah untuk mencapai sebahagian daripada kesempurnaan hidup. Perkahwinan yang dibina secara terpaksa, biasanya tidak kekal kerana tiadanya kesediaan untuk bertolak ansur atau saling memberi dan menerima. Apabila pihak-pihak bersetuju untuk membina perkongsian hidup, setiap pihak akan menentukan sejauh mana kesediaan masing-masing untuk berkongsi dan bertasamuh.…

Fatwa Perlu Bagi Masalah Kahwin Lari

Istilah ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu…

Perlindungan Diri dan Nyawa Di Sisi Islam

Perlindungan terhadap diri ataupun nyawa adalah salah satu matlamat Syariah. Itulah sebabnya manusia diharamkan daripada membunuh kecuali dengan alasan yang benar. Perbezaan agama juga bukanlah alasan yang membenarkan seseorang Muslim untuk membunuh orang bukan Islam sebagaimana dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Barang siapa yang membunuh ahli zimmah (orang bukan Islam yang berada di bawah jaminan…

Undang-undang Keterangan Islam Iktiraf Ujian DNA

Penemuan mayat adik Nurin Jazlin dengan keadaannya yang menyayat hati amat mendera perasaan kita. Pengesahan bagi mayat allahyarham yang mengalami beberapa perubahan ketara disebabkan penderaan melampau dibuat berdasarkan pemeriksaan deoxyribonucleic acid atau ringkasannya DNA. Ujian DNA memang diketahui oleh kebanyakan kita sebagai ujian klinikal yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan bagi penjenayah, mengenal nasab keturunan, pengecaman…

Menanggapi Dunia Islam Yang Malang

Sebelum kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah Turki, umat Islam adalah umat yang perkasa dan dominan berbanding umat dan bangsa lain di dunia. Bukan sahaja daripada segi siasah dan pemerintahan, malah dari segi penyelidikan dan pembangunan sains. Dan kekuatan dari segi pemerintahan menjadikan hasil-hasil penyelidikan daripada cendikiawan Islam termasuklah dalam bidang kemasyarakatan seperti karya-karya Ibn Khaldun, dapat dinikmati…

Pertambahan Pendapatan Untuk Kemakmuran Negara

Dalam kegembiraan menerima keputusan kerajaan mengenai kenaikan baru bagi gaji kakitangan awam, tidak dinafikan ia mengundang perasaan bimbang kerana ia juga membawa kebarangkalian untuk menyebabkan kenaikan harga barang. Sekiranya kenaikan harga barang ini berlaku, maka matlamat kerajaan untuk membesarkan kuasa beli bagi kakitangan awam tidak terlaksana, malah kesannya akan turut menimpa golongan yang bukan dari…

Anak Tidak Syar’i: Di Mana Kedudukannya?

Kebejatan akhlak dan pergaulan tanpa kawalan sesetengah ahli masyarakat boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang buruk, tidak diingini dan bertentangan dengan norma masyarakat. Dan antara kesan buruk daripada perlakuan salah ini ialah kelahiran anak luar nikah atau yang boleh diistilahkan sebagai ‘anak tidak syar’i’. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam mentakrifkan anak luar nikah sebagai anak yang dilahirkan…

Muhammad Bin Abdullah S.A.W.: Perintis Kecemerlangan Insan Dan Ummah Terbilang

Beliau merupakan manusia luar biasa yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Beliau berdakwah, menyebarkan agama, mengasaskan sebuah negara, membina sebuah bangsa, menyempurnakan akhlak manusia, memulakan pembaharuan sosio-politik dan  membina masyarakat yang dinamik dan benar-benar kuat bagi mengamal  sekali gus sebagai penterjemahan kepada ajaran Baginda SAW. Baginda berjaya menyempurnakan semua perkara yang mengkagumkan ini hanya dengan…