Kebijaksanaan Dalam Penghakiman
Tidak dinafikan bahawa kehakiman merupakan sesuatu yang sangat penting dalam pembangunan perundangan sekalipun undang-undang tersebut telah mengandungi peruntukan-peruntukannya yang tersendiri yang menjadi panduan kepada sebarang penghakiman. Di dalam Turuq al-Hukmiyyah, ibn al-Qayyim menegaskan bahawa hakim seharusnya memiliki pengetahuan yang tinggi dan memahami ‘untuk membezakan apa yang boleh dipercayai daripada si penipu, dan kejujuran daripada pemalsu’.…