Patriotisme Separuh Iman

Bahang menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan begitu terasa pada detik-detik ini. Banyak program yang dilaksanakan bagi meniup dan menyuntik semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia. Selanjutnya adalah amalan dan tindakan kita sendiri yang digerakkan oleh harga patriotisme individu terhadap tanah airnya. Dalam istilah Arab, patriotisme disebut sebagai hubb al-watan dan Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mencintai…

Memahami Erti Merdeka di Sisi Agama

Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia. Ia sama sekali tidak sama sebagaimana perhambaan manusia terhadap sesama manusia.…

Anjur Konsep ‘aqilah ke atas Pesalah

Kes buli di sebuah sekolah agama di Pahang sangat memalukan hingga Sultan Ahmad Shah sebagai ketua agama negeri mengelola dan mengendalikan sendiri `mahkamah terbuka’ bagi mencari punca kejadian. Kesalahan buli di sisi Islam mungkin boleh dilihat di bawah kesalahan hirabah, iaitu salah satu daripada kesalahan hudud. Secara bahasa atau literal, hirabah bermaksud serang. Berdasarkan perbincangan…

Islam Beri Kedudukan Indah kepada Wanita

Tamadun manusia telah bermula sekalipun sebelum terbinanya tamadun Islam. Tamadun Yunani, Rom, Hindu, Nasrani, Arab Jahiliah dan Parsi ialah tamadun yang telah wujud sebelum Muhammad s.a.w. mengasaskan tamadun Islam. Walaupun tamadun ini merakamkan pelbagai keindahan dan kemajuan dari aspek fizikal dan kemasyarakatan, akan tetapi kedudukan wanita masih berada di tempat yang paling rendah dan terpinggir.…

Akhlak Benteng Pembinaan Hadharah

Hadharah atau tamadun boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satunya melihat hadharah sebagai hasil pembangunan material yang boleh memberi kehidupan dalam bentuk yang mewah (Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, “Membina Akhlak Membangun Hadharah”, Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Tentang Keutuhan Moral, IKIM, 13 – 14 April 2005). Apabila kemewahan dinikmati oleh satu-satu bangsa ataupun…

Islam Hadhari Jadi Pemangkin Pembaharuan Undang-undang

Kodifikasi undang-undang sebenarnya suatu reformasi terjemahan terhadap pemahaman umat Islam terhadap syariah. Kodifikasi mungkin diberikan dengan pelbagai istilah seperti disebut sebagai `Majallah’ ketika zaman kerajaan Uthmaniah Turki atau `al-Nizam’ sebagaimana yang dibentuk di Arab Saudi. Negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia dan Pakistan mengenakan istilah akta, ordinan atau enakmen bagi maksud yang sama. Majallah al-Ahkam…

Hadanah demi Kesejahteraan Generasi Muda

Hati seorang ibu mana yang tidak terusik melihat satu kejadian di kaca televisyen swasta pada minggu lepas, adegan yang sangat dramatik dan mengharukan apabila melihat seorang ibu yang terpaksa menyerahkan kelima-lima puteranya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan kesempitan dan desakan hidup. Anak-anak itu dalam keadaan yang kurang terbela disebabkan si ibu tidak mempunyai…

Budi Bahasa Cermin Peradaban Bangsa

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita perlu disambut dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari kempen, ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita. Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperleceh atau menganggap orang yang…

Di Manakah Kita Selepas Syawal?

Minggu ini ramai yang telah pulang semula dan meneruskan rutin harian, seperti sebelum menjelangnya Ramadan. Lebih kurang setiap sebulan setengah dalam tempoh setahun, umat Islam terutamanya di negara kita akan melalui satu pengalaman yang begitu berlainan berbanding bulan-bulan lain. Sesetengah orang lebih menikmati kemeriahan bulan Ramadan, kerana tidak kira sama ada siang atau malam, ia…

Lakukan Tazkiyyah Demi Keredaan

Ada ketikanya `bersih’ itu belum dapat dikatakan sebagai `suci’. Suci adalah sifat yang mengandungi nilai-nilai spiritual dan keagamaan. Sucinya jiwa manusia apabila dia berada pada kedudukan yang diredhai Tuhannya. Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa amanah sebagai khalifah di muka bumi kerana anugerah akal yang diberi, sedang pada masa yang sama mempunyai nafsu yang mendedahkannya untuk…