Sehati Sejiwa: Sejauh Mana Kita Merealisasikannya

Beberapa minggu lepas ketika team Malaysia berhempas-pulas dan memerah keringat untuk meraih pingat emas, dalam gelanggang badminton di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro Brazil, hati kita telah menjadi satu untuk berkongsi rasa cemas dan merasai debarannya. Perasaan teruja rakyat Malaysia dirakam dan dikongsi di mana-mana media. Walaupun akhirnya pingat emas gagal diperolehi, kepulangan…

Ke Mana Wanita Ingin Pergi

Wanita Islam di Malaysia tidak terpinggir! Itu hasil kajian pada sedekad yang lalu untuk melihat keterlibatan wanita dalam proses pembangunan negara termasuklah dalam bidang-bidang utama seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Tentu sahaja ia boleh membawa makna bahawa kesedaran wanita pada hari ini, terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan mereka berada pada tahap yang…

Isu Pemutihan Kahwin Lari

Ditulis oleh Siti Shamsiah binti Md Supi . Diterbitkan Nikah di Siam, daftar di Pahang. Tiada pertuduhan dan tiada denda. Itu peluang yang diberikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kepada pasangan yang berkahwin lari di Selatan Thailand, sehingga akhir Januari 2016. Rasional program pemutihan ini dilaksanakan adalah bagi membantu pasangan-pasangan terbabit…

Hakam: Berikan Peluang Kepada Wanita

Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi . Diterbitkan Apabila berlaku krisis antara suami isteri sehingga salah satu pihak merasakan ia sudah tidak dapat diselamatkan, maka tentunya jalan penyelesaian untuknya adalah dengan meleraikan perhubungan perkahwinan. Yang menjadi masalah apabila isteri membuat permohonan cerai, tetapi permohonan itu tidak dipersetujui oleh pihak lelaki sekalipun krisis antara mereka…

Isu Dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah

Apabila negeri Terengganu menguar-uarkan penguatkuasaan Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001, umat Islam secara umumnya menyokong supaya mana-mana orang Islam yang melakukan perbuatan tidak sopan (Sek. 34) dan mendedahkan tubuh di khalayak awam (Sek. 35), supaya dikenakan tindakan mengikut peruntukan yang terkandung dalam undang-undang berkenaan. Tindakan berkenaan secara tidak langsung menemukan bahawa…

Mengarus Perdanakan Keluarga Sakinah

Dasar Keluarga Negara (DKN) yang diluluskan pada empat tahun yang lalu merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap institusi kekeluargaan di negara ini. Ia bukanlah cetusan yang terhasil hanya daripada saranan atau desakan suara-suara antarabangsa, tetapi hasil dapatan daripada sumbang saran pelbagai agensi dan wakil-wakil masyarakat negara ini sejak tahun 2001 lagi. Bermakna, tanpa pengaruh luar kita…