Kesungguhan Mencapai Matlamat Ibadah Puasa
Ramadan kini berada dalam bahagiannya yang terakhir dan hampir sampai ke penghujungnya. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t., pastilah saat-saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan. Semuanya dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyari`atkan, iaitu bagi mencapai tahap muttaqin…

