Nilai Murni, Budaya Mulia Pertahan Kemerdekaan
Jika usia kemerdekaan negara mahu dibandingkan dengan usia seorang insan, maka dapatlah disimpulkan bahawa negara telah pun melewati tahap kematangan dan kedewasaan yang sempurna. Tempoh lima puluh tahun bagi seorang insan lazimnya telah meletakkan dirinya pada tahap kehidupan yang tertentu. Pelbagai kesulitan yang ditempuh sepanjang kehidupan selayaknya menjadikannya manusia yang berhemah, cekal dan berkeperibadian unggul.…

