Bersatu Menentang Keganasan

Fitnah dan cemar yang diakibatkan oleh kumpulan militant IS begitu besar terhadap agama.  Kekejaman dahsyat yang dilakukan atas nama agama Islam, disasarkan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.  Justeru, seluruh dunia seolah-olah disatukan bagi menghadapi dan “menewaskan” kumpulan militan yang mula dikenali dunia antarabangsa pada tahun 2014 itu.  Malah, dunia juga seakan-akan…

Agama Kita Cara Kita

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Diterbitkan  Selain norma-norma dan resam budaya, asas agama yang kuat yang melingkungi kehidupan umat Islam sering diperkatakan.  Menariknya perkara ini turut disebut oleh Geoffrey Symcox, profesor dalam bidang sejarah di UCLA University apabila menjelaskan tentang keunikan perjalanan pengembara kelahiran Maghribi iaitu Ibn Battutah.  Menurut Prof Symcox, Ibn Battutah…

Abai Kebersihan Undang Kemudaratan

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid . Diterbitkan  Kebersihan dan kesihatan sentiasa bergandingan.  Saling berkaitan dan berangkaian. Justeru, apabila beberapa penyakit silih berganti seperti denggi, kencing tikus, dan yang terkini, demam kepialu melanda masyarakat negara ini, pantas sahaja kita dapat merumuskan sebab atau punca sebenarnya.  Punca yang dimaksudkan tidak lain selaina ketidakprihatinan atau pengabaian…

Kebenaran vs Kebatilan

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Diterbitkan  Al-Qur’an mengingatkan, “Jika kamu melakukan kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu melakukan kejahatan, maka (kesannya yang buruk) akan kembali kepada diri kamu juga.”  (Surah al-Isra’ 17 : 7).  Peringatan al-Qur’an ini muncul dalam ingatan saat mengikuti laporan tentang dua…

Kewajipan Pemimpin Mengutamakan Kemaslahatan

Khalifah yang terkenal dengan kebijaksanaan dan ketegasan, `Umar ibn al-Khattab r.a. mengungkap, “Dalam mengurus harta Allah, aku meletakkan diriku sama seperti penjaga harta anak yatim.  Jika aku memerlukannya, aku akan mengambilnya, jika tidak, aku akan memulangkannya.  Sekiranya aku berkemampuan, maka aku menahan diri daripada mengambilnya.  Sekiranya pula aku amat memerlukan, aku akan menggunakannya dengan baik…

Isu Merotan : Memenuhi Tuntutan Agama atau Perjanjian Antarabangsa?

Minggu lalu berakhir dengan pelbagai kisah dan isu.  Kisah atlet paralimpik, Mohamad Azlan bin Mat Lazim yang terkorban dalam nahas jalan raya mencuit perasaan.  Usia muda sewaktu hayatnya dimanfaatkan untuk menghargai dan membalas jasa serta pengorbanan ibu dan bapa.  Meskipun beberapa impian besar lagi mulia tidak terlaksana namun niat suci itulah yang kekal menjadi kenangan…

Kerakusan Nafsu vs Kesucian Institusi Kekeluargaan

“Hak asasi adik-beradik yang telah dewasa untuk menentukan sendiri hubungan seksual pilihan mereka adalah lebih penting berbanding dengan matlamat pemeliharaan keluarga yang abstrak sifatnya.”  Pendirian yang jelas mengutamakan kerakusan nafsu berbanding dengan kesucian institusi keluarga disuarakan oleh majoriti daripada keseluruhan 26 orang anggota Majlis Etika Kerajaan Jerman.   Anggota majlis etika tersebut terdiri daripada ahli akademik…

Apabila Nafsu Menguasai Akal

Isu kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mendatangkan cemar dan darar yang bukan sedikit.  Maruah dunia pendidikan tercalar.  Emosi dan motivasi pelajar tergugat.  Perancangan ibu bapa tergendala.  Kos ditanggung kerajaan pula berganda.  Ringkasnya, seluruh negara tertimpa kesulitandan kerugian.  Kebocoran kertas peperiksaan khabarnya agak sering berlaku.  Bukan sahaja pada era kepesatan teknologi maklumat…

Kesyukuran Gandakan Limpahan Rahmat

“Malaysia dikurniai pelbagai rahmat dan nikmat.  Anda memiliki sistem kekeluargaan yang baik.  Jadi peliharalah.  Anda juga mengamalkan nilai mulia dalam melayani golongan berusia.  Justeru kekalkanlah.  Anak-anak anda menghormati ibu bapa mereka. Maka pertahankanlah.  Anda juga dianugerahi rahmat terbesar, iaitu kerajaan.  Meskipun banyak kelemahan, namun syukurilah nikmat ini.  Kerajaan yang anda miliki membolehkan anda menikmati ketenteraman,…

Dunia Lebih Selamat Buat Kanak-kanak Gaza

“Kami hanya dapat meminum air yang kotor.  Tiada makanan yang dapat dijamah.  Bekalan elektrik telah terputus.  Tiada komunikasi selama beberapa hari.  Sepanjang empat jam sebelum bermulanya tempoh gencatan senjata, Israel melakukan kemusnahan secara besar-besaran dan membunuh seramai mungkin.  Ini bukan hanya peperangan dan pembunuhan umat Islam tetapi juga penganut agama lain termasuk Kristian.  Masyarakat dunia,…