Atasi Kejahilan dengan Ilmu yang Benar

Umum mengetahui keharuan yang ditimbulkan Dr Kassim Ahmad dalam ucapannya pada sebuah seminar di Putrajaya tanggal 15 – 16 Februari lalu.  Dr Kassim Ahmad sebagaimana disiarkan dalam ruangan rencana portal The Malaysian Insider pada 17 Januari 2014, cuba menarik perhatian terhadap “kesilapan besar” yang dilakukan umat Islam.  Antaranya termasuklah pertama, “mendewakan” Nabi Muhammad S.A.W. dan…

Apabila Akal Tidak Dibimbing Wahyu

Dalam situasi homoseksualiti dan seks bebas merupakan norma sebagaimana yang dapat dilihat dalam masyarakat barat kini, penentangan terhadapnya akan dianggap sebagai sesuatu yang aneh atau salah.  Demikianlah halnya yang berlaku terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Easter, United Kingdom, Sir Paul Coleridge.  Pendirian tegasnya dalam mempertahankan institusi perkahwinan menyebabkan beliau dikecam oleh Lord Chancellor dan Lord Chief…

Tarbiah Keluarga Bukan Suatu Pilihan

Raja Ali Haji, dalam syairnya, Nasehat kepada Anak mengungkap nasihat, teguran, dan panduan amat bermakna buat golongan muda remaja.  Nasihat tersebut berkisar tentang lima perkara, iaitu tanggungjawab sebagai pemimpin, keutamaan akhlak, budi bahasa, dan adab susila, galakan menuntut ilmu, selain kepentingan mengawal hawa nafsu.  Kelima-lima perkara tersebut merangkumi tanggungjawab yang dipikul dan cabaran yang akan…

Perisai Ampuh Penangkis Ujian Zaman

Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan.  Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.  Demikianlah juga dengan Malaysia.  Kemerdekaan yang dicapai lebih lima puluh tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa.  Telah sedemikian banyak liku yang dilalui.  Sudah…

Ibadah Puasa dan Matlamat Hidup Beragama

Khalifah kedua, Umar ibn al-Khattab r.a. yang terkenal dengan keteguhan peribadi dan kecemerlangan pemerintahannya memberikan dorongan yang besar kepada rakyatnya untuk sentiasa berpuasa, sama ada puasa Ramadan atau selainnya.  Dalam melaksanakan ibadah tersebut, beliau mengingatkan mereka, “Berpuasa bukan semata-mata (menahan diri) daripada makan dan minum tetapi sebaliknya juga (menahan diri) daripada pendustaan, kebatilan, dendam (dalam…

Nafsu dan Kuasa

Dalam sebuah Hadith Baginda, Nabi s.a.w. mengingatkan, “Orang yang bijaksana ialah yang menundukkan nafsunya dan beramal untuk (menyediakan) bekalan selepas kematian dan orang yang lemah ialah yang membiarkan diri menuruti (kehendak) nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (mengharapkan rahmat-Nya).” (Ahmad) Peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. ini jelas menunjukkan cara menilai kebijaksanaan atau kemuliaan, dan sebaliknya…

Nasihat-Menasihati Demi Kelangsungan Agama, Bangsa, dan Negara

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang bertitah dalam Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lalu antara lain menegaskan kepentingan ilmu yang dapat membentuk ketaqwaan seseorang dan dengan demikian mendorong dirinya untuk menyampaikan nasihat dengan berani dan setulus hati. Baginda bertitah, “Meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan dalam…

Umat Islam : Kuantiti vs Kualiti

Sebuah klip video yang dipaparkan di YouTube bertajuk Islamization of Europe dan dihasilkan oleh individu yang menamai dirinya sebagai Friend of Muslim (FoM) menimbulkan pelbagai reaksi mereka yang menontonnya. Klip video sepanjang tujuh minit dan ditonton lebih sepuluh juta orang itu menghuraikan perubahan drastik demografi umat Islam di Eropah sebagai ancaman terbesar terhadap kebudayaan barat.…

Islam Agama Negara, Malaysia Bukan Negara Sekular

Faham sekular atau sekularisme pada umumnya dimaksudkan sebagai doktrin yang menolak agama atau dengan kata-kata lain, pendekatan yang menafikan kedudukan agama dalam hal-ehwal sivil. Pendukung gerakan pensekularan (secularisation) seperti Harvey Cox yang menghasilkan karya The Secular City (1965) misalnya menegaskan bahawa gagasan pensekularan didukung oleh ajaran Bible. Menurut beliau, terdapat tiga komponen penting dalam Bible…

Hayati Pengajaran Bermakna daripada al-Qur’an Sempena Ramadan

Penurunan al-Qur’an yang mulia pada salah satu malam Ramadan (Lailatul Qadr) menjadikan penghulu segala bulan ini lebih istimewa. Al-Qur’an yang merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w. memiliki pelbagai peranan penting dalam kehidupan manusia. Kitab yang memiliki pelbagai nama itu antaranya bertindak sebagai panduan dan bimbingan, iaitu yang membawa manusia daripada kesyirikan dan kejahilan kepada cahaya…