Diabetes: Ancaman Kesihatan Yang Dipinggirkan

Jika dahulu, penyakit diabetes tidak menjadi satu kegusaran dalam kesihatan masyarakat. Namun kini, ia menjadi satu ancaman yang meruncingkan akibat daripada prevalens yang menghidapinya adalah 2 kali ganda berbanding 5 tahun lepas. Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 mencatatkan kira-kira 3 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes berbanding hanya 1.5 juta pada tahun 2006.…

Keperluan Menghayati Konsep Takaful

Takaful diasaskan dengan konsep tolong-menolong. Dalam amalan tradisi masyarakat tempatan, tolong-menolong menjadi aspek penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu fitrah kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dengan tolong-menolong, mereka bukan sahaja dapat memenuhi hajat individu bahkan dapat meringankan beban kehidupan dengan ada sokongan dan bantuan…

Persekitaran Positif dan Kesepaduan Usaha Jayakan Pemulihan Pesalah

Kisah Thumamah bin Uthal, pemimpin Bani Hanifah yang sangat berpengaruh dan amat memusuhi Nabi s.a.w. serta risalah Baginda namun akhirnya memeluk Islam menarik untuk dijadikan panduan. Thumamah ialah salah seorang daripada lapan orang pemerintah yang diutus surat oleh Baginda dan diseru supaya menerima agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Surat yang diutus Nabi s.a.w. telah…

Ubah Suai Prosedur Fasakh Untuk Alasan Tekanan Mental

Menurut Imam al-Ghazali, akal merupakan punca, titik permulaan dan asas kepada pengetahuan. Pengetahuan terbit daripada akal sebagaimana buah yang tumbuh daripada pokok, cahaya terbit daripada matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga merupakan unsur yang membezakan keperibadian seseorang manusia dengan seorang manusia yang lain. Ia perlu sentiasa dikembangkan secara berterusan supaya manusia dapat memperbaiki diri,…

Peniaga Perlu Ada Etikanya

Dalam sebuah hadith nabi SAW telah bersabda yang bermaksud “Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki.” (Al-Tirmizi). Dengan mengambil pengajaran daripada utusan nabi SAW setiap peniaga Muslim perlu memahami bahawa pembabitan mereka dalam urusan perniagaan adalah satu ibadah dan sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, setiap peniaga Muslim sewajarnya mengetahui dan…

Pengurusan Lestari Atasi Krisis Kekurangan Bekalan Air Bersih

Air merupakan anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan…

Pemberitaan Yang Benar

Kematian Noramfaizul Mohd. Nor, Wartawan  BERNAMA baru-baru ini merupakan suatu kehilangan besar di kalangan pengamal media di negara kita ini. Namun, itulah sebahagian dari kehidupan petugas media yang seringkali berhadapan dengan risiko sebegitu apabila cuba mendapatkan berita dengan turun ke lapangan. Ramai di kalangan wartawan media-media besar dunia yang meninggal dunia sebelum ini khususnya apabila…