Pertimbangan Munasabah Dalam Keputusan Ekonomi

Serangan panik suasana ekonomi sekarang membingungkan dan sukar dijangkakan. Kemunasabahan membuat pilihan merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia bermuamalah. Memilih dan mengambil tindakan memerlukan kadar pertimbangan yang tinggi terutama dalam perkara melibatkan perkara besar melanda negara dalam persoalan kenaikan harga. Dengan memahami kedudukan harga pasaran minyak dunia, memang tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan terpaksa ditelan…

Kesedaran Tentang Cabaran Akal Masyarakat Negara Membangun

Hasrat untuk membentuk masyarakat ‘minda kelas pertama’ di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenalpasti. Kita sering bercakap tentang pelbagai punca kepada kemunduran sikap masyarakat. Satu persatu punca disenaraikan tetapi hakikat kepada permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenalpasti secara jitu. Ini kerana punca sebenar terletak pada…

Islam, Melayu dan Kekuatan Ekonomi

Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 160), orang Melayu ditakrifkan sebagai `seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan i) lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau…

Pemimpin Harus Belajar daripada Sejarah

Salah satu perkara penting yang menjayakan serta meneguhkan kepemimpinan termasuklah wawasan yang terancang. Dalam hubungan ini, wawasan terhadap masa hadapan tidak boleh sama sekali dipisahkan daripada apa yang telah berlaku dalam sejarah dan juga apa yang sedang berlaku kini. Bagi umat Islam, masa hadapan yang dimaksudkan bukan sahaja membabitkan kehidupan di dunia, bahkan juga selepasnya,…

Tadbir Urus Kewangan Islami

Malaysia kini terkenal sebagai negara penawar perkhidmatan kewangan Islami antarabangsa dan merupakan pelantar utama kepada pelabur dan pelanggan perbankan berlandaskan syariah. Perkembangan yang memberangsangkan ini berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu bermula dari institusi perbankan pertama ditubuhkan pada 1983 sehinggalah kepada pelancaran institusi kewangan terbaru kebelakangan ini. Penggubalan dan penguatkuasaan Akta Perbankan Islam 1983 juga…

Masa Terbaik Untuk Beralih Kepada Pertanian

Dunia kini sedang dilanda krisis makanan . Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Ban Ki-moon menggesa tindakan bersepadu antarabangsa berhubung kenaikan harga makanan, dan kini lebih 3,000 delegasi dari 193 negara dijangka menghadiri 12 sesi Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB yang diadakan di Ghana bagi menentang tirai kenaikan harga makanan serta kelembapan ekonomi. Pengeluaran beberapa tanaman…

Keadilan Sosial Adalah Syarat Mutlak Kepada Pembangunan Ekonomi

Keruntuhan tamadun manusia pada masa kini rata-rata di dunia Barat dan Timur adalah disebabkan oleh kegagalan sistem tersebut menyusun masyarakat mereka memenuhi tuntutan nilai kemanusiaan. Sistem-sistem terbabit yang berasas kepada rasional pemikiran manusia semata-mata gagal membina contoh pembangunan yang syumul dan sempurna. Justeru itu pada masa sekarang dunia maju turut menghadapi permasalahan ekonomi yang menunggu…

Kecenderungan Pemimpin Jadi Ikutan Rakyat

Pada penghujung kisah pengembaraannya, Ibn Battutah (1304-1369/70M.), menceritakan rasa kagumnya akan Sultan Abu `Inan yang sedang memerintah ketika beliau kembali ke tanah kelahirannya itu sekitar tahun 1354M., khususnya minat mendalam yang ditunjukkan baginda terhadap ilmu pengetahuan. Menurut pengembara kelahiran Tanjah itu, Sultan Abu `Inan sering mengadakan majlis-majlis ilmu pada setiap hari, iaitu selepas Solat Subuh.…

Keadilan Harga Kunci Agihan

Islam telah menyeru ummahnya untuk menegakkan keadilan dalam apa saja urusan tidak terkecuali dalam urusan muamalah. Meletakkan sesuatu pada tempatnya amat penting walaupun dalam hal-hal tertentu dengan mengambil kira hubungan pasaran atau lebih tepat lagi perantaraan permintaan dan penawaran yang juga memainkan peranan. Menyedari hakikat saranan ini, tekanan pasaran sepatutnya tidak boleh membenarkan berlakunya penindasan…

Latar Belakang Undang-Undang Kontrak Di Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, undang-undang yang berkuatkuasa di Tanah Melayu ialah undang-undang Islam. Ini kerana apabila pengaruh Islam sampai ke Tanah Melayu, ia banyak mempengaruhi perkembangan dan bentuk perlaksanaan undang-undang serta peraturan-peraturan di dalam masyarakat. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kumpulan undang-undang seperti Risalah Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka. Walaupun masih dibelenggu dengan pengaruh adat…