Mengurus Risiko Menerusi Perlindungan Takaful
Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil…