Belia Melayu Hanyut Bersama Pesona Dunia

Golongan muda adalah pelapis kepada kecemerlangan yang dirintis oleh generasi sebelumnya. Kelangsungan kecemerlangan bangsa akan berterusan sekiranya pelapis yang ada memahami akan peranan mereka yang sebenar dalam aliran pembangunan iaitu sebagai kelompok yang akan menentukan dan meneruskan nasib agama, bangsa dan negara. Akan tetapi jika kita lihat kepada suasana yang melanda golongan muda dewasa ini,…

Manfaatkan Keberkatan Ramadan

Bagai tetamu yang istimewa, Ramadan mengunjungi kita lagi dengan membawa perkhabaran dan jaminan yang istimewa lagi bermakna daripada Ilahi.  Jaminan bahawa sesiapa sahaja di kalangan hamba-hamba Allah s.w.t. yang melaksanakan segala bentuk ibadah  dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan memperoleh keampunan, keredaan serta rahmat-Nya.  Ramadan juga membawa nilai penting yang berkemungkinan jarang-jarang disedari oleh kebanyakan kita.  Bahawa ia menjelmakan…

Nasihat Untuk Mendapat Rahmah, Maghfirah dan Bebas Dari Api Neraka

Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-hambaNya sepanjang  bulan Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka). Rahmah terdapat di dalam sepuluh hari pertama bulan Ramadan, maghfirah terdapat di dalam sepuluh hari keduanya dan `itq min al-nar  terdapat di dalam sepuluh hari terakhirnya. Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat…

Pentingnya Sektor Kewangan Dan Pasaran Saham

Dalam sistem ekonomi semasa penyusunan ekonomi yang berkesan memerlukan kepada sebuah sistem kewangan yang mantap dan berdaya maju.  Sistem kewangan yang meliputi pengurusan penawaran wang dan mempengaruhi permintaan kepada wang secara positif akan dapat memberi kesan yang mendalam kepada peruntukan sumber-sumber dan prestasi menyeluruh sesebuah ekonomi tersebut.  Prestasi menyeluruh ekonomi meliputi penentuan jumlah paras pengeluaran, pendapatan, guna…

Perundangan Islam Mendidik Pesalah

Profesor Undang-undang Perlembagaan, UIAM, Dr. Abdul Azizi Bari, dalam wawancaranya bersama-sama wartawan Berita Minggu (9 April 2006) menyatakan bahawa…kebanyakan peruntukan dalam Kanun Keseksaan ialah nilai moral yang dibentuk, dimasukkan atau membentuk peruntukan undang-undang. Undang-undang Jenayah sebenarnya adalah undang-undang moral. Saya merujuk pendapat beliau ini kerana beliau adalah seorang pakar Undang-undang Sivil. Kenyataan beliau tentunya sebagai…

Ke Arah Keunggulan Pengurusan Pertubuhan

Terdapat beberapa unsur penting yang perlu berperanan untuk menentukan kejayaan pengurusan dan pentadbiran sesebuah pertubuhan.  Unsur-unsur tersebut berkait rapat di antara satu sama lain dan dengan terlaksana unsur-unsur tersebut sesebuah pertubuhan akan mampu menempa kejayaan. Pertama, sikap, kemampuan dan kewibawaan pemimpin dalam sesebuah pertubuhan.  Pemimpin seharusnya menganggap peluang untuk memimpin sesebuah pertubuhan itu sebagai satu…

Hak Isteri Dalam Harta Semasa

Bila kita bercakap tentang hak wanita dalam pemilikan harta, biasanya ia hanya tertumpu kepada pemilikan nafkah, pusaka, mut`ah, mahar, harta hibah, hadiah dan sepencarian dalam ruang lingkup yang terbatas. Dalam perkembangan kehidupan sekarang ini yang jauh berbeza dari kehidupan zaman lampau, mahu tidak mahu, masyarakat akan bersua dengan kelompok-kelompok harta baru atau semasa, antaranya Kumpulan…

Pasaran Produk Halal – Ke Mana Perginya Pengusaha Islam?

Masyarakat Islam di Malaysia memang peka terhadap isu halal-haram barangan dan perkhidmatan harian yang mereka gunakan. Akan tetapi dari segi ekonomi dan muamalat terutamanya yang berkaitan dengan pengeluaran barangan keperluan pengguna Muslim, pengetahuan kita sememangnya amat daif sekali. Memang kita ada banyak akta yang melindungi pengguna  seperti Akta Perihal Dagangan 1972 – Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan…

Konsep Kebersihan Islam Membentuk Masyarakat Yang Sihat

Ungkapan yang menyebut: KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam, sama ada disedari ataupun tidak, ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan kebersihan (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah). Maksudnya amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang…