Bertudung Dan Kaitannya Dengan Peraturan Kerja Wanita Islam

Manusia dianugerahkan Allah s.w.t. dengan akal. Akal yang sehat dan umur yang sempurna menjadi asas kepada semua tanggungjawab yang dituntut ke atas mereka. Allah s.w.t juga telah melebihkan kedudukan mereka ke atas makhluk-makhlukNya yang lain (surah al-Isra’, 17:70). Justeru, bagi menjaga kehormatan yang diberi, mereka dituntut (di antaranya) supaya berpakaian dengan lengkap. Sejauhmana mereka melengkapkan…

Pendekatan Kepada Budaya Niaga

Usaha negara untuk mewujudkan masyarakat komersial dan pengindustrian bumiputera memerlukan kepada satu pendekatan yang menyeluruh dan mantap. Justeru itu penekanan yang khusus kepada pembentukan sikap dan pembinaan akhlak peribadi yang cekap dan luhur adalah prasyarat yang penting. Kecapaian sifat tersebut akan menjamin usahawan dapat berperanan secara efektif, mampu bersaing dan menjadi penentu kepada kejayaan ekonomi…

Rakyat Berhak Nikmati Khidmat Perubatan Cemerlang

Peluang untuk mendapatkan khidmat kesihatan, rawatan dan perubatan yang memenuhi keperluan serta memuaskan merupakan salah satu hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada rakyat. Sehubungan itu, pemerintah haruslah meningkatkan pelaksanaan sistem penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah menyediakan tenaga pakar perubatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat. Dalam hubungan inilah juga, ilmu kedoktoran…

Kelesuan Institusi Masjid

Apa yang berlaku kepada kebanyakan masjid-masjid di negara kita pada hari ini amat mendukacitakan sekali. Tidak sebagaimana peranannya pada peringkat awal Islam, masjid sekarang tidak lagi dianggap sebagai sebuah instusi yang berperanan besar dalam membina peradaban manusia. Lantaran itu, masjid sekarang sudah hilang daya persona untuk menarik masyarakat terutama golongan belia dan remaja untuk ke…

Berniaga Kecil-kecilan

Buku Panduan Peniaga Kecil karangan Tun Dr. Mahathir Mohamad cetakan 1982 ternyata menjawab banyak persoalan kegagalan kebanyakan peniaga-peniaga kecil yang berlaku sekarang. Buku ini patut diberi perhatian dalam proses kerajaan menggalakkan industri asas tani negara. Saranan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan industri ini kepada syarikat-syarikat besar satu cadangan yang baik. Bergantung kepada perniagaan kecil-kecilan sering menghadapi…

Pengenalan Tentang Sudut Hukum

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang ditubuhkan pada tahun 1992 telah banyak memberi maklumat Islam kepada masyarakat negara ini, sama ada menerusi penerbitan, penyelidikan, seminar, forum, latihan kepakaran atau siaran radionya. Setelah lebih sepuluh tahun bersama masyarakat, kini IKIM melangkah selangkah lagi ke hadapan dengan sumbangan terbaru dalam bentuk penjelasan hukum menerusi satu program dinamakan…

Model Pembangunan Islam Jadi Benteng Era Globalisasi

PADA era setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi masing-masing, persoalan kemanusiaan turut berkembang pada kadar membimbangkan. Keruntuhan akhlak, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan sistem keluarga, ketidakseimbangan system ekologi dan sebagainya cukup merunsingkan. Jika persoalan kemanusiaan ini berterusan, kebajikan manusia lambat laun akan mengalami krisis yang ketara. Persoalan yang perlu dijawab, adakah…

Pemimpin Mesti Amanah, Adil

GAGASAN Islam Hadhari umpama benih yang perlu dijaga, dipelihara dan dibaja. Penanamnya hendaklah seorang yang mempunyai sikap peduli, komitmen dan pengalaman tinggi. Selain itu, ia memerlukan persekitaran sihat dan segar untuk tumbuh merimbun dan berbuah. Justeru, kepemimpinan dan masyarakat yang bersih adalah wadah sebenar kepada kejayaan Islam Hadhari. Kepemimpinan ialah satu cara mengorganisasikan kegiatan manusia…

Meletakkan 11 September Pada Perspektif Yang Tepat

Apabila menjelang sahaja tarikh 11 September, banyak kupasan dan tulisan mengenai peristiwamalangdalam sejarah manusia yang melanda Amerika Syarikat empat tahun yang lalu dibuat oleh pelbagai pihak. Pastinya peristiwa yang berlaku itu merupakan satu detik hitam dalam sejarah manusia. Namun, satu kesan yang tidak boleh disangkal lagi yang timbul akibat peristiwa 11 September ini ialah Islam…

Tanggapan Serong Media Barat Terhadap Islam Masih Berleluasa

BANYAK kupasan dan tulisan mengenai peristiwa 11 September 2001 yang menyaksikan tumbangnya Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat dibuat oleh pelbagai pihak. Pastinya peristiwa itu satu detik hitam dalam sejarah manusia. Namun, satu kesan yang tidak boleh disangkal lagi yang timbul akibat peristiwa 11 September ini ialah Islam dikaitkan dengan keganasan. Ini bukanlah…