Selangor Model Negeri Maju Selaras Tuntutan Syariat

TANGGAL 27 Muharam 1426 Hijrah bersamaan 8 Mac 2005 adalah detik bersejarah bagi pentadbiran agama Islam di Selangor. Bersempena perasmian Bangunan Sultan Idris Shah yang menempatkan semua institusi pentadbiran agama Islam negeri, Sultan Selangor berkenan berangkat melancar dan menyerahkan Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seminar ‘Selangor 2005: Model Islam Sebuah Negeri Maju’. Prosiding…

Islam Hadhari Bentuk Modal Insan Berkualiti

PEMBANGUNAN sumber manusia yang dikenali juga modal insan (human capital) antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9). Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah tertera dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, ia berperanan besar dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala…

Akhlak Meliputi Alam Sekitar

MANUSIA ialah makhluk Allah yang paling sempurna ciptaannya berbanding makhluk lain. Berlainan dengan malaikat yang hanya mempunyai unsur akal atau haiwan yang hanya mempunyai unsur nafsu, manusia dikurniakan Allah kedua-dua unsur itu. Dengan akal fikiran, manusia membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selepas pertimbangan dibuat, barulah unsur nafsu digerakkan ke arah mencapai keinginan itu. Bagaimanapun,…

Ujian HIV/Aids Bantu Pelihara Keturunan Umat

ISU mewajibkan ujian HIV/Aids bagi pasangan yang ingin berkahwin (termasuk juga yang ingin berpoligami) kembali dibicarakan. Selepas Johor, kini Perlis pula dalam proses melaksanakan ujian ini.  Ada kemungkinan usaha ini diperluaskan ke seluruh negara. Oleh itu, kini pasangan yang ingin berkahwin mempunyai satu lagi sebab untuk bimbang. Kes jangkitan dan kematian akibat HIV/Aids semakin membimbangkan.…

Hutang Wajib Dilangsai Walaupun Sudah Meninggal

Berkaitan pinjaman kewangan, pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: ‘Hutang.’ Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan,…

Nilai Islam Asas Bentuk Masyarakat Majmuk Harmoni

BERAGAMA adalah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban mereka. Evolusi sosial mengubah orientasi dan pegangan kepada agama, yang mengakibatkan pemisahan agama daripada pemerintahan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu.…

Blok Perdagangan Islam Lindungi Kepentingan Ummah

TIADA yang lebih penting dan bermakna untuk mencapai taraf negara bertamadun dan maju dalam erti kata sebenar, selain ditadbir oleh pemimpin berwibawa dan perancangan kepemimpinannya pula digerakkan rakyat berkualiti serta berperibadi tinggi. Kualiti diri serta peribadi yang dimaksudkan meliputi keimanan serta ketakwaan dan keluhuran akhlak serta budi pekerti tinggi. Menyentuh khusus pentadbiran negara, beberapa faktor…

Amalan Sedekah Tak Patut Tunggu Sehingga Malapetaka

AHAD, 26 Disember 2004 adalah hari yang tidak akan dilupakan oleh kebanyakan daripada kita. Satu hari yang mengelirukan banyak orang. Satu hari yang menyaksikan jujuran air mata akibat banyaknya nyawa terkorban. Hari inilah, ombak besar tsunami menghempas daratan. Akibatnya Indonesia, Sri Lanka, Thailand, India, Myanmar, Maldives dan Malaysia merasakan bahananya. Semalam genap sebulan peristiwa itu.…

Aidiladha Tuntut Semua Umat Bersatu, Muafakat

SAMBUTAN Aidiladha menandakan sempurnanya Rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang cukup syarat dan berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya, iaitu ibadat haji. Menurut pendapat jumhur, ulama ibadat haji mula difardukan pada tahun ke-6 hijrah melalui firman Allah bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.…

Bencana Jadikan Manusia Lebih Tabah Hadapi Ujian

“DEMI sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. “Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. “Mereka itulah orang yang dilimpahi kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya…