Islam Beri Umat Ruang Capai Kesenangan di Dunia

KEMERDEKAAN serta kebebasan yang dikecapi kita hari ini mungkin dihargai dan difahami PERKATAAN pembangunan adalah terminologi yang sering digunakan pakar ekonomi serta pembuat dasar untuk menggambarkan kemajuan sesebuah negara. Dalam Islam, konsep pembangunan (tanmiyyah) merujuk kepada proses penggunaan dan pembangunan sumber ummah yang merangkumi sumber manusia dan kebendaan dalam usaha untuk merealisasikan objektif utama pembangunan…

Keimanan, Ketakwaan Atasi Cabaran Kemerdekaan

KEMERDEKAAN serta kebebasan yang dikecapi kita hari ini mungkin dihargai dan difahami dengan sebenar-sebenarnya oleh sebilangan kecil rakyat negara ini, khususnya mereka yang melalui zaman pra merdeka, merdeka dan sesudah kemerdekaan. Mereka inilah yang tahu menilai erti kesengsaraan, perjuangan dan kenikmatan melayari kehidupan di bumi bertuah ini. Keupayaan itu juga membolehkan mereka membuat perbandingan antara…

Umat Islam Mampu Kawal Permintaan, Penawaran Barang

PERDANA Menteri ketika merasmikan sambutan Hari Pengguna 2004, bulan lalu, menekankan pentingnya kita melahirkan sebuah masyarakat celik pengguna. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya menyarankan supaya kita sebagai pengguna perlu mengambil sikap lebih `cerewet’ dan membuat pilihan bijak dalam menentukan barangan serta perkhidmatan yang dibeli atau dilanggani. Ia bukan sekadar menepati keperluan dan kehendak kita,…

Pemimpin Wibawa Warisi Kepemimpinan Rasulullah

RAMAI yang mungkin tidak menyedari hubung kait pemilihan pemimpin negara dan sebuah parti politik yang menjadi teras kepada kerajaan hari ini, jika mereka tidak memahami sistem politik kepartian di Malaysia. Pemilihan pemimpin parti politik sebenarnya memberi bayangan kepada kepemimpinan masa depan negara.  Oleh itu, mengaku bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan dunia umumnya, mengiktiraf pengakuan…

Sikap Kebendaan Punca Nafsu Belanja Berlebihan

KARNIVAL Jualan Mega 2004 sudah bermula – dari 24 Julai hingga 5 September ini, pengguna disajikan dengan pelbagai tawaran dan potongan harga menarik oleh peniaga. Inilah peluang mereka untuk berbelanja bagi mendapatkan barangan yang diinginkan pada harga berpatutan. Seperti yang kita tahu, tanpa permintaan tidak akan wujud penawaran. Begitu juga dengan konsep berbelanja. Perbelanjaan memotivasi…

Kemahiran Sosial Mampu Tingkat Keyakinan Diri

SEBAGAI makhluk sosial, setiap individu manusia perlu memiliki kaedah dan tatacara tertentu untuk berkomunikasi dengan individu lain supaya keperluan mereka dapat dipenuhi dan dikongsi pula secara bersama oleh orang lain. Manusia yang diciptakan Tuhan memiliki pelbagai jenis keperluan, baik secara peribadi mahupun dalam hidup bermasyarakat. Perlu difahami, manusia harus memenuhi keperluan seperti fizikal, mental dan…

Jati Diri Umat Terhakis Akibat Langgar Etika, Moral

AKHIR-AKHIR ini, kita sering dipaparkan dengan tindakan pendakwaan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam kes salah laku, pecah amanah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kedudukan serta rasuah. Fenomena itu dilihat sebagai tidak hanya membabitkan golongan tertentu, malah berlaku dalam kelompok masyarakat yang lebih luas tanpa mengenal batasan usia, kedudukan, pangkat, gelaran dan darjat. Ia bukan…

Kanak-kanak Perlu Teladan Hadapi Cabaran Dunia Moden

KES jenayah yang membabitkan rakyat negara ini dari pelbagai peringkat umur, khususnya kanak-kanak (remaja) amat membimbangkan. Maka, banyaklah pihak yang mengadakan perbincangan, rasmi mahupun tidak untuk membincangkan penyelesaiannya secara tuntas.  Pelbagai faktor dikemukakan sebagai sebab yang mendorong kanak-kanak terbabit dalam jenayah seperti kurangnya pendidikan Islam, rapuhnya institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media serta persekitaran…

Bioteknologi Mangkin Bentuk K-Ekonomi

BIDANG bioteknologi menjanjikan peningkatan kualiti hidup manusia. Pada dasarnya, bioteknologi ialah teknologi yang dibangunkan hasil kemajuan dalam bidang sains hayat atau biologi. Kepentingan bidang sains hayat ini memang jelas dalam Islam. Hakikat bahawa wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad mengandungi penerangan mengenai proses perkembangan janin manusia, iaitu suatu perkara yang signifikan jika direnungi.…