Pendekatan Berkesan Perlu Untuk Mendekati Remaja Bermasalah

KEBELAKANGAN ini kita berdepan dengan pelbagai isu mengenai gejala keruntuhan akhlak dan pembabitan jenayah oleh kanak-kanak serta remaja. Gejala itu membimbangkan dan menjadi petunjuk bahawa usaha mencapai kemajuan akan membawa kita berdepan dengan pelbagai masalah khususnya perlakuan jenayah. Sebagaimana dilaporkan akhbar, isu pelajar membelasah pelajar dan samseng bukan sesuatu yang baru. Merujuk sejarah pembabitan remaja…

Pembangunan Tidak Kikis Amalan Umat Bermasyarakat

MALAYSIA adalah negara bertuah kerana dihuni rakyat pelbagai bangsa, agama dan budaya di mana kepelbagaian ini tidak menghalang rakyat hidup penuh harmoni. Perpaduan dan keamanan yang kita kecapi kini adalah harta yang tinggi nilainya kerana bukan saja pemimpin berusaha keras untuk mewujudkan negara berjaya tetapi masyarakat sendiri, mengambil peluang untuk bermasyarakat sebaik mungkin. Masyarakat menurut…

Islam Tidak Membezakan Keluarga Ibu Tunggal

KELUARGA induk tunggal adalah rumah tangga yang diketuai oleh seorang ibu atau bapa dan tanggungjawab keibubapaan dilakukan oleh orang yang sama. Oleh kerana majoriti keluarga induk tunggal diketuai oleh wanita, maka sering kali perbincangan mengenai induk tunggal menjurus kepada keluarga ibu tunggal. Tambahan pula jangka masa status bapa tunggal adalah lebih singkat kerana mereka lebih…

Membentuk Kekuatan Umat Berwawasan

DALAM menangani kelemahan pencapaian ekonomi umat Islam di seluruh dunia pada masa ini, tiga aspek penting perlu dibina jika umat Islam mahu maju kembali. Ketiga-tiga aspek itu mesti relevan dalam konteks pembangunan ekonomi ummah di negara ini. Pertama, umat Islam perlu memiliki pandangan hidup yang komprehensif berkaitan dengan Islam itu sendiri. Pengamatan sedemikian akan mewujudkan…

Barat Curigai Negara Islam Kuasai Teknologi Nuklear

BUAT sekalian kalinya, tangan tersembunyi yang menjadi dalang dan tok selampit di belakang tabir kepemimpinan pentadbiran Presiden George W Bush di Amerika mempersembahkan wayang terbaru mereka dengan mengaitkan Malaysia dengan perdagangan haram bahan membuat senjata nuklear yang membabitkan sindiket antarabangsa. Bagi rakyat Malaysia yang sedia maklum dengan pendirian negara berhubung isu ‘mencegah penularan’ pasti terkejut…

Wasathiyyah Amalan Terbaik Satukan Umat Beza Pendapat

PERPADUAN sering kali dilaungkan dan menjadi slogan, namun apa yang pasti umat Islam terus gagal mencari titik persamaan antara mereka. Terbaru, tuduh-menuduh terus berlaku apabila sambutan Hari Asyura di Iran dan Pakistan dicemari dengan pengebom berani mati. Tragedi yang berlaku dalam pesta orang Syiah dengan mudah membuka ruang kepada orang Sunni untuk dituduh. Sudahnya sengketa…

Membeli Barangan Cetak Rompak Salah di sisi Islam

NEGARA maju menjelang 2020 menjadi sasaran Malaysia, sekali gus menjadikan kemajuan sosioekonomi sebagai bukti bagi membolehkan negara berkembang menjadi negara membangun yang disegani dan dihormati. Di kalangan negara Islam pula, Malaysia dianggap sebuah negara contoh. Formula pembangunan dijadikan sebagai rujukan bagi negara membangun dan negara Islam lain untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Ramai pemimpin negara…

Ketahanan Diri Mampu Hadapi Belenggu Trauma

PERISTIWA atau pengalaman trauma adalah satu perkara yang berlaku tanpa diundang atau dijangka. Malah kebanyakan individu tidak sanggup untuk berdepan dengan pengalaman traumatik. Ini kerana peristiwa traumatik amat menakutkan, mengejutkan dan mengerikan. Sesuatu peristiwa dianggap terlalu mengerikan atau menakutkan mampu mencetuskan pengalaman traumatik yang akan mendatangkan kesan mendalam terhadap kestabilan mental dan emosi seseorang individu.…

Ikhlas, Faham Konsep Ilmu Percepat Umat Kuasai S&T

SECARA sedar atau tidak, umat Islam masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bidang sains dan teknologi (S&T) pertahanan dikuasai oleh negara Barat. Negara Islam tidak mampu menandingi ciptaan mereka. Peralatan pertahanan kebanyakannya datang dari negara ini. Malah, teknologi yang dibeli dari Barat adalah yang kebanyakannya tidak dikehendaki lagi oleh negara itu dan hanya sesuai untuk…

Nabi Muhammad Diplomat Paling Unggul

SEJARAH hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benarnya adalah contoh kepada seluruh umat manusia. Ini jelas menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam”. (Surah Al-Anbiya’ ayat 107). Rasulullah memberikan contoh dalam segenap aspek kehidupan. Baginda adalah contoh paling hebat sebagai pemimpin negara, hakim,…