Muafakat Bantu Kejayaan Organisasi

ISLAM diutus Allah SWT untuk menyusun kehidupan manusia pada peringkat individu dan masyarakat bagi mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Tumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat pada peringkat awal bertujuan melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya dapat berfungsi dengan baik dan sekali gus mengurangkan segala…

Diat Pelihara Hak Waris Mangsa Bunuh

TAHUN 2003 menyaksikan banyak jenayah yang membabitkan nyawa manusia. Pembunuhan yang dilakukan, sekali pun tidak disengajakan seperti kemalangan maut disebabkan kecuaian adalah kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit atau kebendaan. Kemalangan maut meragut 14 nyawa selepas bercuti Aidilfitri tahun lalu menyebabkan berbelas keluarga kehilangan orang tersayang dan aset kepada keluarga. Seorang suami atau…

Wanita Memerlukan Sokongan Lelaki untuk Berfungsi

APABILA memperkata wanita dan Islam, kita maklum bahawa wanita Islam amat bertuah kerana mereka diberikan pelbagai hak oleh Islam. Wanita Islam ada hak untuk beragama, berekonomi, mendapat pendidikan, sosial dan sebagainya. Islam bukan saja mengeluarkan wanita daripada penindasan yang mereka alami, malah memberikan mereka hak yang sebelum ini tidak dimiliki. Seiring dengan hak yang diberi…

Status Quo Positif Permudah Dakwah Nabi

TARIKH 31 Oktober 2003 terpahat dalam lipatan sejarah negara. Selepas memimpin negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan teraju kepimpinan kepada penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan kepimpinan ini, yang disaksikan bukan saja rakyat negara ini, malah warga dunia adalah satu proses yang begitu licin dan teratur. Peralihan kuasa dilihat sebagai suatu…

Perubahan Perlukan Strategi, Sikap Positif

PERUBAHAN memerlukan perancangan yang sistematik dan berhati-hati kerana apa juga bentuk perubahan yang ingin dilakukan, persediaan awal perlu diberi keutamaan. Niat untuk berubah daripada satu keadaan atau sikap yang mundur, ketinggalan, kegagalan, kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta cemerlang ialah satu keinginan yang murni. Inilah keinginan yang perlu ada dalam diri setiap…

Utamakan Kuasai Ilmu, Bukan Selisih Pendapat

KEINTELEKTUALAN adalah anugerah istimewa Ilahi kepada manusia yang menjadikan kita jenis makhluk pemikir. Anugerah ini dilengkapkan pula dengan anugerah besar wahyu samawi. Maka wujudlah paduan harmonis antara akal dengan fenomena alam. Iman al-Ghazali mentakrif intelek sebagai “sesuatu yang tidak kelihatan, tidak terasa dan tidak berbau, tetapi ia pengaruh yang dipatuhi oleh seluruh anggota tubuh dan…

Rasional, Amanah Prasyarat Utama Laksana Keadilan

DALAM kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat terhadap sesuatu isu atau berbalah kerana hak dan kepentingan kita dicabar. Amat baik dan bijak sekiranya perbalahan dan pertikaian…

Keadilan, Muafakat Wujud Keseimbangan Sosial

ISLAM adalah agama yang mampu membimbing manusia memenuhi fitrah keperluan kejadiannya sama ada di peringkat individu atau sosial. Panduannya bersesuaian pada setiap masa dan tempat. Islam jika dihayati akan membolehkan manusia mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Pencapaian ini akan menjadi kenyataan apabila pendekatan Islam dilaksana secara syumul dan sempurna dalam sesebuah negara. Sumber asas kepada panduan Islam…

Saintis Sejati Tidak Kenal Erti Putus Asa

DULU saintis tempatan berhijrah ke luar negara atas dua sebab. Pertama, dari segi bayaran dan kedua, persekitaran saintifik yang disediakan di negara luar. Namun, kini Malaysia dilihat sebagai negara membangun yang agresif dan mampu menawarkan kemudahan dan persekitaran yang diberikan di luar negara. Maka tibalah masanya untuk sirih pulang ke gagang. Siapakah sebenarnya yang dimaksudkan…