Sumber Berita Perlu Disaring Untuk Elak Fitnah

E-MEL ialah teknologi terbaru perhubungan yang kita gunakan dalam kehidupan harian. E-mel boleh digunakan untuk memberi peringatan terhadap sesuatu perkara membabitkan umat Islam. Ia kadang-kala berbentuk dakwaan terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang bertentangan dengan syariat Islam. Tidak lama dulu, kita diperingatkan wujudnya perkara syirik pengusaha restoran tertentu supaya masyarakat Islam tidak membeli makanan di…

Peranan Negara Islam Sebagai Pendamai Bendung Keganasan

KEAMANAN dalam Islam bukan bererti tiada peperangan. Keamanan itu wujud apabila tidak berlaku penindasan dan tirani (corak pemerintahan yang zalim). Firman Allah, yang bermaksud: “Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya, Allah tidak suka orang yang menceroboh.” (Surah al-Baqarah, ayat…

Islam Agama Cinta Ilmu Pengetahuan

ILMU pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad banyak memperingatkan umat Islam akan hakikat ini menerusi banyak hadisnya. Di antaranya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap umat Islam (lelaki dan perempuan)”. “Siapa yang menuntut ilmu akan menjadi kafarah (penebus) segala dosa-dosa yang lalu.” “Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah…

Islam Tangani Perbalahan, Wujudkan Keadilan Di Dunia

PADA awal tamadun manusia, interaksi sesama puak berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang dapat mengawal dan mengurus jalinan hubungan antara satu dengan lain. Proses ini terus berkembang sehingga tercapai satu hap pentadbiran negara yang berfungsi sebagai suatu entiti perwakilan negara dengan negara lain. Oleh kerana kedudukan berjiran antara negara, setiap negara berinteraksi untuk memenuhi keperluan hidup…

Keamanan Dunia Terancam Apabila Peranan Agama Diabai

PERCATURAN politik antarabangsa hari ini menampakkan lemahnya nilai murni manusia. Kepentingan peribadi yang membelakangi kepentingan majoriti, begitu menonjol akhir-akhir ini. Senario ini meminggirkan peranan dan kepentingan agama sebagai asas kepada pemikiran dan amalan. Manusia sudah lama menyedari perlunya satu usaha atau prinsip untuk menamatkan sebarang konflik melalui perjanjian, persefahaman dan kerjasama. Melalui inisiatif ini, Barat…

Pengklonan Manusia Lebih Banyak Bawa Mudarat

BAYI klon pertama, dinamakan ‘Eve’, yang dilahirkan pada 26 Disember 2002, mengejutkan seluruh dunia. Selang beberapa hari selepas itu, pada 3 Januari 2003, seorang lagi bayi klon didakwa dilahirkan di Eropah. Pengumuman mengenai kelahiran bayi klon itu diumumkan Brigitte Boisselier, ketua eksekutif dan pengarah saintifik sebuah syarikat yang dikenali sebagai Clonaid. Clonaid ditunjangi oleh sebuah…

Generasi Ulul Al-Bab Laksana Ajaran Islam Asal

SATU fenomena yang dihadapi umat Islam kini ialah kesan dan pengaruh pemodenan yang dicetuskan oleh kebudayaan Barat. Konsep pemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya ekonomi serta sains dan teknologi, mengabui mata hampir seluruh umat manusia, termasuk umat Islam. Sesiapa yang mempersoal atau menolak pemodenan dicap sebagai kolot, konservatif dan ketinggalan…

Malaysia Terus Gigih Laksanakan Syiar Islam

MENGIKUT Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berbanding beberapa negara Islam lain dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), tidak banyak perbezaannya. Hanya Perlembagaan Republik Turki secara nyata meletakkan negaranya sebagai negara sekular. Ini terkandung dalam Perkara 2 yang membuat peruntukan: “The Republic of Turkey is a democratic, secular and social…

Perpaduan Mampu Jadikan Islam Kuasa Ekonomi, Politik

ISLAM adalah agama yang membawa rahmat dan menyeru umatnya supaya membuat kebajikan dan bersikap sederhana dalam sebarang tindakan. Matlamat ini seharusnya dihayati setiap umat Islam. Malangnya umat Islam hanya bersatu dari segi pendapat tetapi dari segi tindakan, mereka berpecah, menyebabkan perselisihan di kalangan umat Islam begitu ketara. Umat Islam mengutuk keganasan yang berlaku di arena…

Memperkukuh Iman, Perpaduan Untuk Majukan Islam

IBADAH haji menjana sifat ketakwaan dan keimanan sejati dalam diri setiap Muslim. Ketakwaan dan keimanan secara tidak langsung akan memupuk kekuatan dalaman seseorang itu untuk mengamalkan dasar perpaduan dan persaudaraan sesama manusia. Haji adalah sebagai bengkel kerohanian untuk menggilap jiwa setiap Muslim agar bersinar dengan suluhan takwa dan iman. Penghayatan ini amat penting kerana iman…