Agama Menuntut Keadilan Mutlak, Hapus Kezaliman

DALAM hidup bermasyarakat hari ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Di antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat atau berbalah kerana hak dan kepentingan dicabar. Adalah baik dan bijak, jika perbalahan dan pertikaian itu dapat ditangani dengan…

Syaitan Gunakan Nyanyian, Muzik Sesatkan Manusia

SENI suara adalah di antara rekreasi digemari dan berkembang pesat di Malaysia. Seni suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara tersendiri. Umumnya, seni suara untuk mendapat hiburan dan keseronokan. Al-Quran juga menerangkan mengenai bidang seni suara. Contohnya, firman Allah dalam surah Lukman, ayat ke…

Pengurusan Islam Hasilkan Pekerja Produktif, Berkualiti

ISLAM diturunkan Allah untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Ini untuk mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat awal bagi melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya berfungsi dengan baik. Pendekatan Islam bukan hanya dengan mencari penyelesaian kepada…

Kualiti pengurusan adalah penentu kepada kemajuan negara

Salah satu faktor utama yang ‘akan menjayakan Wawasan negara pada abad 21, ialah mencapai mutu kualiti pengurusan yang tinggi di kesemua sektor, termasuk awam dan swasta. Kejayaan ini seharusnya wujud di kesemua peringkat sektor -sektor tersebut semoga hasil dari pengurusan yang bermutu dan berkualiti akan dapat membuahkan pencapaian kemajuan negara dalam kesemua dimensi. Dalam konteks…