Bengkel Islam Hadhari – Etika Bekerja: Menuju Ke Arah Keimanan dan Ketakwaan Kepada Ilahi: Jauhi Budaya Koboi Demi Hidup Makmur

KUALA LUMPUR: Masyarakat di negara ini diingatkan menjauhi budaya koboi yang mementingkan diri, tidak mengikut undang-undang dan tradisi, tidak menghormati orang lain serta tidak menampilkan nilai terbaik, bagi memastikan matlamat menjadikan kehidupan lebih maju dan bertamadun dicapai. Felo Kehormat, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata kehidupan yang didasari budaya koboi hanya…

Menguasai Ilmu Secara Strategik

Gesaan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid supaya umat Islam menguasai bidang sains dan teknologi terkini wajar diberi perhatian khusus. Beliau menggariskan empat bidang baru iaitu genomik, robotik, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan nanoteknologi. Atas kesedaran ini juga IKIM menganjurkan Seminar Islam Hadhari atas tajuk Bioinformatik Sebagai Alat…

Bidang Bioinformatik Tingkat Kefahaman Tentang Maqasid

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bidang bioinformatik dilihat mampu meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman umat Islam tentang kepentingan maqasid (maksud dan tujuan) syariah Islamiah. Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majeed berkata, bidang bioinformatik juga mampu memainkan peranan penting bagi menjaga dan melindungi maqasid syariah Islamiah. “Dengan kajian serta…

Majukan Bidang Bioinformatik Penting Bantu Pakar Ramal Gempa

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Usaha memajukan bidang bioinformatik sangat penting kerana ia boleh membantu pakar-pakar membuat ramalan awal tentang sesuatu bencana seperti gempa bumi dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kerosakan dan kehilangan nyawa. Timbalan Pengarah Institut Multimedia dan Perisian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Suhaimi Napis berkata, teknologi itu akan membantu…

Gagal Kuasai Teknologi Umat Islam Ketinggalan

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kegagalan umat Islam menguasai bidang-bidang ilmu dan teknologi baru yang terhasil daripada perkembangan semasa akan menyebabkan mereka terus ketinggalan. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, keadaan itu berbeza dengan zaman kegemilangan Islam dulu apabila umat Islam menjadi pelopor kepada bidang ilmu dan teknologi…

Ahli Bioinformatik Disaran Bergabung dengan Pendakwah

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Ahli sains dan teknologi Islam terutama yang terlibat dalam bidang bioinformatik disaran supaya bergabung tenaga dengan golongan pendakwah bagi memantapkan lagi gerakan dakwah Islamiah. Fellow Kanan, Pusat Sains dan Teknologi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh berkata, kerjasama itu penting kerana maklumat serta pendedahan yang…

Badan Fatwa, Ahli Sains Perlu Kerjasama Buat Keputusan

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa diminta supaya mengadakan kerjasama dengan ahli sains dan teknologi bagi membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan meyakinkan. Pengarah Agrobio, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Makhdzir Mardan berkata, kerjasama antara dua pihak itu penting selaras dengan perkembangan semasa bidang sains dan teknologi yang berkait…

Bahasa Kiasan – Perlu ke arah Membina Peradaban Melayu

PENGGUNAAN bahasa kiasan yang memberi kesan terhadap cara hidup dan budaya orang Melayu perlu dikaji semula kerana penggunaan yang tidak sempurna dan tepat boleh mengakibatkan generasi Melayu kurang membina peradaban Melayu. Sehubungan itu, kajian terhadap bahasa kiasan dan peribahasa hendaklah dibuat untuk membina budaya dan nilai bahasa Melayu. Penciptaan bahasa kiasan baru boleh dibudayakan melalui…