IKIM Cadang Indeks Pembangunan Ummah Ukur Kemajuan Negeri Maju

Shah Alam 7 Disember – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mencadangkan supaya negeri maju dalam negara Islam seperti Malaysia diukur menggunakan Indeks Pembangunan Ummah (IPU) yang merangkumi pelbagai aspek. Pengerusi IKIM Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata IPU itu pula diukur berdasarkan tiga indeks yang digabungkan iaitu indeks pembangunan Islam, indeks…

Debat Kefahaman Islam Kupas Isu Dunia Islam

Kuala Lumpur 3 Disember – Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menyertai Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara IPT anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur dari 29 November lalu hingga 2 Disember dan 14 Disember ini. Institusi berkenaan ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM),…

IKIM Rancang 14 Seminar Perjelas Islam Hadhari

Kuala Lumpur 26 November – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mempergiat usaha memberi kefahaman serta prinsip terkandung dalam pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam dan pengumuman mengenai Islam Hadhari. Sehubungan itu, 13 seminar kebangsaan dan satu seminar antarabangsa serta bengkel berkisar mengenai Islam Hadhari akan diadakan tahun depan bagi tujuan itu.  Seminar itu bakal menarik…

IKIM Akan Wujudkan Panduan Urus Korporat Syariah

Kuala Lumpur 15 September – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mewujudkan panduan lengkap piawaian pengurusan syarikat korporat berasaskan prinsip syariah yang sedia diguna pakai awal tahun depan. Pengerusi IKIM, Tan Sri Dato Seri (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata penyediaan panduan piawaian di bawah pengiktirafan ISO 9001/2000 itu sudah melalui beberapa tahap perbincangan dan…

IKIM Syor Badan Khas Sedia Panduan Bioteknologi

Seremban 10 Ogos – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mencadangkan satu Jawatankuasa Bioteknologi Kebangsaan ditubuhkan yang berfungsi mengeluarkan garis panduan bagi penyelidikan bioteknologi dan bioperubatan. Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, berkata jawatankuasa itu boleh menjadi rujukan bagi Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Mufti dan pihak yang berkaitan berhubung hasil penyelidikan bioteknologi.  Beliau berkata,…

IKIM.fm Cari Juara Lagu Nasyid

Kuala Lumpur 6 Ogos – Buat pertama kalinya, pencarian juara lagu nasyid diadakan pada Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm 2004 yang akan diadakan pada 21 Ogos ini, di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, membabitkan sembilan kumpulan dan seorang artis nasyid popular bersaing sesama mereka. Persaingan menerusi 10 lagu yang masuk ke peringkat akhir itu diambil…

Organisasi Perlu Utamakan Prestasi Berasaskan Nilai

Kuala Lumpur 1 Julai – Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggesa setiap organisasi memberikan keutamaan kepada prestasi berasaskan nilai yang dilihat mampu memaksimumkan pendapatan masing – masing. Menurut Timbalan Perdana Menteri, dengan berpegang kepada konsep mengutamakan nilai, setiap organisasi mampu mengatasi masalah etika dan moral yang kurang diberi penekanan dalam urusan perniagaan konvensional.…

IKIM Terima Anugerah ISO 9001 : 2000

Kuala Lumpur 25 Jun – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini dianugerahkan Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2000 kerana kejayaan dalam memantapkan pengurusannya dalam bahagian akademik dan pentadbiran. Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengiktirafan persijilan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd., itu dibuat sejak berkuatkuasa…