Pelancaran Pertandingan “Mereka cipta Video Animasi Kefahaman Islam Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (Ipt)

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah melancarkan Pertandingan “Merekacipta Video Animasi Kefahaman Islam Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).  Pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini bermula pada hari ini, 8 Mac 2022 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Jun 2022.  Para penuntut IPTA dan IPTS yang berminat adalah dipelawa untuk menghantarkan karya mereka…

Webinar “Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Webinar bertajuk “Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami” pada 8 Mac 2022 dengan menampilkan pakar-pakar berwibawa di dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan pembelajaran, pendidikan awal kanak-kanak, kemasyarakatan, penulisan kreatif dan industri teknologi animasi. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan keperluan mewujudkan…

Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan Dilantik Sebagai Pengerusi IKIM dan Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz Sebagai Timbalan Pengerusi.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sementara Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi IKIM berkuatkuasa 24 Februari 2022. Majlis penyampaian surat pelantikan  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Idris Ahmad,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Ketua Pengarah IKIM Ke-6

Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ke-6 berkuat kuasa pada 3 Februari 2022. Beliau menggantikan Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin  yang menyandang jawatan tersebut selama tiga penggal dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2021.Surat pelantikannya diserahkan secara rasmi oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Webinar “Menangani Isu Ekonomi Gelap & Kartel”

Sepanjang pembentangan, Dr. Mohd Sani bin Badron, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), IKIM bertindak sebagai moderator Webinar ini. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu program Webinar bertajuk “Menangani Isu Ekonomi Gelap & Kartel.” secara dalam talian yang melibatkan para peserta daripada pelbagai latar belakang, seperti pembuat dasar, pentadbir, ahli akademik, penjawat…

WEBINAR ‘KE ARAH UMAT DIGITAL: ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Ke Arah Umat Digital: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian secara dalam talian pada 14 Disember 2020. Webinar tersebut adalah bagi membincangkan apakah isu dan cabaran dalam era digital ini khususnya kepada umat Islam dan seterus memberikan cadagan penyelesainya. Era digital masa kini dalam arus perkembangan…

WACANA ILMIAH ISLAM, MORALITI & MASYARAKAT BEBAS RASUAH

Di ambang sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia pada 9 Disember 2021, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan wacana ilmiah bagi menyokong usaha membendung gejala rasuah dengan menjurus kepada aspek kerohanian dan peranan agama dalam membentuk keperibadian dan melaksanakan amanah kerjaya secara professional. Wacana ini telah dibentangkan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan,…

BENGKEL KEMBARA SYIFA’ “MENGHADAPI ANXIETY DAN KEMURUNGAN-KITA MAMPU MENGURUSNYA”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Bengkel Kembara Syifa’ “Menghadapi Anxiety dan Kemurungan – Kita Mampu Mengurusnya”pada 5 Oktober 2021secara dalam talian. Bengkel ini dianjurkan dengan objektif untuk membina kesedaran masyarakat tentang penyakit mental, terutama keresahan melampau (anxiety) dan kemurungan, Mengurangkan stigma social berkaitan dengan masalah kesihatan mental dan mendidik masyarakat khususnya para belia…

PENGERUSI IKIM KEMBALI KE RAHMATULLAH

28 OGOS 2021, KUALA LUMPUR – Dukacita dimaklumkan Pengerusi IKIM, YABhg.  Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada jam 1:40 pagi. Pada Sabtu 31 Julai 2021, Tun Ahmad Sarji telah dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras…