Hidup dan Peraturan, Bukan Gurauan

Pernahkah anda mengunjungi tempat-tempat awam yang sudah terpampang papan tanda larangan merokok tetapi, ada sahaja orang yang tanpa segan silu merokok di situ? Pernahkah anda melihat pemandu sambil lewa melanggar lampu isyarat atau memandu di lorong kecemasan? Biasakah kita melihat orang membuang sampah merata-rata termasuklah membuang sampah keluar daripada kenderaan mereka? Semua ini adalah contoh…

Apabila Nafsu Menguasai Akal

Isu kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini mendatangkan cemar dan darar yang bukan sedikit.  Maruah dunia pendidikan tercalar.  Emosi dan motivasi pelajar tergugat.  Perancangan ibu bapa tergendala.  Kos ditanggung kerajaan pula berganda.  Ringkasnya, seluruh negara tertimpa kesulitandan kerugian.  Kebocoran kertas peperiksaan khabarnya agak sering berlaku.  Bukan sahaja pada era kepesatan teknologi maklumat…

Akal dan Kemerdekaan

Saban tahun, sejak 1957, rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Negara pada penghujung bulan Ogos. Beberapa tahun kebelakangan ini, tempoh keraian tersebut merangkum bulan September, sempena peringatan ulang tahun penubuhan rasmi Malaysia. Selain acara-acara peringatan tersebut, yang sering berupa pesta raya, turut sesekali kedengaran penegasan bahawa kemerdekaan hakiki ialah kebebasan budi-pekerti dan kemandirian akal-fikri dalam menentukan…

Hakikat Cinta Sebuah Kemerdekaan

Malaysia… Di sini Lahirnya Sebuahnya Cinta merupakan tema bagi sambutan kemerdekaan bagi Malaysia untuk kali yang ke-57. Frasa ini sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada sebuah lagu dendangan penyanyi berjiwa patriotik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang bertajuk Warisan. Bahkan lirik lagu ini juga sebenarnya menzahirkan kecintaan kepada negara oleh setiap individu yang mempunyai negara. Mungkin inilah tema yang…

Peranan Sains dan Teknologi serta Saintis di Dalam Isu Gaza

Isu Gaza dan Palestin yang begitu mendapat perhatian kita ini mengimbau semula kaitan antara sains, teknologi dan saintis di dalam memupuk keamanan. Benarkah saintis sebagai kumpulan yang mencipta berbagai teknologi di atas nama “keobjektifan yang hakiki” tidak mempedulikan hal-hal kemanusiaan yang dianggap oleh mereka perkiraan politik yang subjektif. Sekurang-kurangnya inilah pandangan para pengkritik sains dan…

Bahaya Masyarakat Yang Mementingkan Kebendaan

Masyarakat Malaysia kini menjadi semakin kebendaan/ materialistik. Seseorang itu biasanya akan dinilai melalui kereta apa yang dipakai, rumah bagaimana yang didiami serta di mana, jenama pakaian  yang dipakai. Budaya bermewah-mewah amat digemari seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini. Apa yang jelas kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan.…

Individu Istimewa dalam Islam

Dalam masyarakat kita, individu istemewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza dari individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata yang lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau mereka yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal yang lain. Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan ke dalam kategori individu…

Tarbiah Ramadan Pastikan Berkekalan

Ramadan, tetamu istimewa lagi mulia yang membawa limpahan kurniaan, keampunan, dan keuntungan telah pun berlalu meninggalkan kita.  Meneladani amalan para sahabat dan generasi Islam terdahulu, doa seharusnya dipohon kepada Allah S.W.T. agar segala ibadah dan amal salih yang telah dilaksanakan diterima oleh-Nya.  Dengan demikianlah diharap kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dianggap berjaya (al-fa’izin) dan…

Syawal: Mengekalkan Momentum Muhasabah dan Ibrah Ramadhan

Kehadiran bulan Syawal yang dinanti amat dihargai namun kehilangan Ramadhan yang berlalu pergi pasti dirasai. Menyambut Syawal harus disertai dengan rasa syukur, gembira dan tenang setelah melalui latihan pendidikan selama sebulan di bulan Ramadhan. Aidilfitri tidak wajar hanya disinonimkan dengan kegembiraan namun harus bermuhasabah dalam diri, apakah makna keseronokan dan kegirangan hari keraian tersebut? Allah…