Bermuhasabah perihal Muhasabah

Ramadan 1435 Hijriah tinggal kurang-lebih seminggu lagi. Sudah kerap dinasihatkan agar muhasabah diri (muhasabat al-nafs) dipergiatkan sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Malangnya, sebagaimana yang lumrah berlaku pada perkara-perkara yang lazim dituturkan, makna dan semangat asal peringatan sedemikian mudah hilang atau dialpakan. Yang tinggal hanya laungan kata-kata sebagai bunyi penghibur telinga semata. Sesungguhnya…

Kepatuhan Kepada Undang-undang Perlu Kepada Kesedaran Manusia

Masyarakat inginkan satu kehidupan yang teratur dan beperaturan. Dalam konteks negara, undang-undang dan peraturan dibuat oleh pihak berwajib untuk mewujudkan masyarakat aman. Pun begitu, sudahkah memadai dengan ada undang-undang maka ia dapat menyelesaikan, menyusun kehidupan masyarakat dan mampu menyelesaikan kemelut ummah?. Jawapannya tidak, walaupun dengan ada undang-undang sebaik mana pun, jika ia tidak dapat dipatuhi.…

Krisis Keyakinan Pengguna di Malaysia Umpama Tiada Noktahnya

Negara kita dikejutkan dengan isu coklat yang dikatakan mempunyai DNA babi. Sudah bertahun-tahun coklat tersebut berada di pasaran tiba-tiba ia diumumkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada yang telah membeli coklat tersebut dengan kuantiti yang banyak semasa bercuti ke tempat bebas cukai. Mereka rasa serba salah samada hendak dibuang coklat yang dibeli memandangkan…

Rasuah Untuk Melicinkan Urusan?

Laporan Kajiselidik Malaysian Corruption Barometer (MCB)  2014 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa  daripada 12 institusi yang dikaji, parti politik dianggap sebagai  institusi yang paling tinggi mengamalkan rasuah di Malaysia. Ini diikuti oleh institusi polis, perkhidmatan awam, badan kehakiman, parlimen dan sektor korporat/perniagaan. Dari sudut makroekonomi, keenam-enam institusi yang dinyatakan di…

Tadabbur al-Qur’an : Tuntutan yang Diabaikan

Rejab yang telah pun berada di penghujungnya mengobarkan semangat untuk menanti dan mendoakan agar diberi peluang bertemu dengan penghulu segala bulan, Ramadan.  Kemuncak kelebihan bulan kesembilan dalam takwim Islam itu ialah penurunan al-Qur’an yang disebut oleh Allah S.W.T. sebagai nur yang menerangi segala-galanya dan petunjuk bagi golongan bertaqwa dan manusia umumnya.  Kehidupan di dunia yang…

Iktibar Kembara Agung ke Langit

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Isra’: 1) Peristiwa ini diperingati pada setiap 27 Rejab tahun hijrah sekalipun ulama’ berbeza…

Tekanan Hidup dan Sakit Mental

Dalam kehidupan, tekanan adalah merupakan satu perkara yg lumrah. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Malah, amat sukar seseorang itu untuk mencari satu bentuk kehidupan yang bebas dari tekanan. Pendek kata, amat sukar untuk hidup dalam satu dunia atau persekitaran yang tiada tekanan, kerana ia adalah memang mustahil untuk ditemui. Apa yang ada ialah…

Kemalangan Kenderaan Awam: Pengurusan Risiko Proaktif Membantu Pendekatan Reaktif

Kemalangan kenderaan awam khasnya bas ekspres mendapat liputan besar dalam media massa negara kita.  Ini kerana impak daripada kemalangan yang berlaku sudah tentu melibatkan masyarakat awam dalam bilangan yang ramai sama ada kematian atau kecederaan. Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kemalangan bas ekspres di kilometer 116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)…

Sisa Sifar: Pilihan Bijak Atasi Timbunan Sampah

Pengurusan sisa merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh kita pada hari ini. Sementelah lagi, dalam kerancakan pembangunan ekonomi yang kian pesat telah menyaksikan longgokan sisa buangan juga semakin bertambah. Ini pastinya menuntut perhatian yang lebih serius lagi daripada pihak pemerintah dalam menguruskan sisa agar tahap kebersihan alam sekitar  terus terpelihara. Dianggarkan secara purata, rakyat Malaysia…