Kekitaan Kita Sangat Miskin

Dunia masih lagi memperkatakan tentang MH370. Apatah lagi Malaysia. Tragedi ini sudah memasuki minggu kelima tanpa satu kepastian yang jitu. Suasana sebegini adalah ruang yang amat besar untuk diisi dengan pelbagai persepsi dan spekulasi. Saya tidak ingin mengulas apa yang berlaku pada pesawat malang, krew, penumpang, barisan jentera penyelamat atau seumpamanya. Tetapi, saya ingin bercerita…

Jauhari Jua yang Mengenal Manikam

Sebagaimana besar badai dan gelora Lautan Hindi, demikian juga hebatnya gejolak perasaan yang menyelubungi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 ketika ini.  Malah kesedihan yang ditanggung turut dikongsi seluruh rakyat negara ini dan di seluruh dunia.  Misteri yang seolah-olah sukar dirungkai sejak lebih dua minggu yang lalu dikejutkan dengan kenyataan memilukan oleh YAB…

Unsur Khurafat dan Kecanduan Hiburan Mengekang Kemajuan Ummah

Memalukan dan mencalar imej agama Islam. Inilah antara ungkapan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada dua peristiwa yang berlaku di negara kita untuk tempoh dua tiga minggu kebelakangan ini. Ketika perhatian masyarakat antarabangsa tertumpu ke arah Malaysia dalam usaha bersepadu pihak berkuasa mencari pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan pelbagai teknologi canggih dan terkini, mata…

Undang-Undang Untuk Dihormati Bukan Digeruni

Apabila disebut perkataan undang-undang, ramai yang agak gementar. Mereka akan membayangkan mahkamah, hakim, peguam, polis, penjenayah, penjara dan macam-macam lagi.    Apakah yang dimaksudkan undang-undang? Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua orang…

Realiti Kemasukan Buruh Asing Hari Ini

Artikel ini bukanlah mengenai provokasi terhadap kedatangan warga asing ke Malaysia atas apa-apa tujuan yang baik. Namun artikel ini bertujuan untuk menyingkap realiti yang berlaku di sebalik alasan ekonomi dan pembangunan negara bagi maksud mengalu-alukan atau membenarkan kedatangan mereka tanpa menafikan sumbangan mereka. Salah satu daripadanya ialah kejadian anggota keselamatan negara yang terkorban ketika hendak…

Syukuri Pemberi Nikmat, Jangan Kufuri

Nikmat anugerah Allah di muka bumi ini terlalu banyak. Manusia wajar mensyukurinya dalam apa jua keadaan sekali pun, bukannya menafikan nikmat tersebut. Nikmat makanan dan minuman, nikmat-nikmat lain berbentuk materi sehinggakan nikmat bernafas setiap saat dan ketika pun jarang dilihat sebagai bentuk anugerah yang perlu disyukuri. Malahan kita seringkali melihat kesusahan yang dialami dan sedang…

Atasi Kejahilan dengan Ilmu yang Benar

Umum mengetahui keharuan yang ditimbulkan Dr Kassim Ahmad dalam ucapannya pada sebuah seminar di Putrajaya tanggal 15 – 16 Februari lalu.  Dr Kassim Ahmad sebagaimana disiarkan dalam ruangan rencana portal The Malaysian Insider pada 17 Januari 2014, cuba menarik perhatian terhadap “kesilapan besar” yang dilakukan umat Islam.  Antaranya termasuklah pertama, “mendewakan” Nabi Muhammad S.A.W. dan…

Ujian Saringan Kesihatan Mental Keluarga dan Masyarakat

Keluarga adalah asas kepada pembinaan sesebuah masyarakat dan negara. Bagi mewujudkan sesebuah masyarakat dan negara yang baik dan sihat, unit kekeluargaan perlulah berada dalam keadaan yang baik dan sihat juga. Kesihatan itu pula bukan hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental dan jiwa, kesetabilan emosi, kerohanian dan tingkahlaku. Terdapat beberapa perkara berkaitan dalam…

Memahami Kreativiti

Kreativiti merupakan perkataan yang sangat digemari masa kini. Frasa-frasa seperti individu kreatif, hasil kreatif, budaya kreatif, kreativiti dan inovasi, pembelajararan kreatif serta kreativiti dalam organisasi merupakan antara frasa yang kerap didengari. Namun, sejauh mana kita memahami kreativiti itu sendiri sering menimbulkan persoalan. Ini kerana makna kreativiti atau kreatif sering disalahanggap, disalahguna mahupun disalahtafsir. Apatah lagi…