Akhlak Asas Pembentukan Masyarakat

Kita masih lagi dalam kehangatan sambutan Maulidur Rasul, sudah menjadi kemestian umat Islam menyambut Rabiulawal dengan pelbagai cara dan gaya. Terdapat ceramah, kuliah, seminar, perarakan dan lain-lain. Namun sambutan Maulidur Rasul bukan hanya setakat berarak sambil berselawat disertai dengan jamuan makan. Ia bukan sekadar suka-suka atau untuk menunjuk-nunjuk. Ia adalah bertujuan memperingati perjuangan dan pengorbanan…

Bersikap Terbuka Menerima Teguran Dan Pandangan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya” (Riwayat al-Bukhari). Berasaskan hadis inilah apa yang jelas ialah sikap setiap pemimpin perlu untuk menjaga hak-hak yang dipimpin dengan sempurna. Begitulah jua betapa besarnya tanggungjawab seorang…

Usah Mudah ‘Menderhakakan’ Anak

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui dosanya. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu hanya menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar” (Surah al-Anfal: 27-28). Anak adalah amanah dan ujian kepada manusia.…

Harapan Memiliki Sebuah Rumah Menjelang Pembentangan Bajet 2013

Walaupun masih berada dalam kemeriahan lebaran dan persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, sebahagian besar masyarakat masih memberi tumpuan kepada perbahasan mengenai pelan bajet 2013. Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan antara lain untuk menimbang permasalahan kos sara hidup dalam rancangan bajet 2013 yang akan diumumkan kelak. Walaupun ekonomi negara diunjur tumbuh sekitar 5.4 peratus…

Ubati Marah, Elak Perpecahan

Cuba renungkan kembali, bilakah kali terakhir kita marah? Mampukah marah ditahan dan bersabar ketika ia sedang membuak-buak? Berapa banyak kata-kata keji dan kesat yang dihamburkan disebabkan perasaan marah? Berapa banyak hati yang terluka kerana nafsu amarah kita? Marah adalah bara yang dilemparkan ke dalam hati anak Adam sehingga ia mudah beremosi, perasaannya membara, urat saraf akan…

Obesiti, Kesihatan dan Ibadah

Obesiti bukan lagi perkara biasa yang dapat diterjemahkan sebagai sihat secara fizikal. Namun ia telah menjadi satu masalah yang sinonim dengan penyakit tidak berjangkit yang lain. Ia merupakan satu masalah kesihatan awam yang serius kerana boleh melibatkan komplikasi penyakit lain yang dikategorikan sebagai penyakit moden. Paling membimbangkan, masalah obesiti menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.…

Menguasai dan Memanfaatkan Media Sosial sebagai Mekanisme Berjihad

Perkembangan teknologi maklumat sememangnya menjadi satu rahmat kepada umat Islam keseluruhannya. Perkembangan mutakhir ini amat menuntut umat Islam agar bergerak lebih pantas seiring dengan perkembangan semasa, pantas merebut peluang yang ada dan perlu bijak menilai dan membuat pilihan terutama menerusi media sosial. Sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang seiring dengan perkembangan media baru ini maka…

Pemikiran Sihat Asas Kemerdekaan Ummah

Islam amat menuntut setiap individu dari kalangan umatnya untuk hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera. Keharmonian dan kesejahteraan yang perlu dimiliki meliputi aspek kerohanian, jasmani atau fizikal, mental dan pemikiran serta kesejahteraan sosial. Bagi mencapai matlamat ini, mereka bertanggungjawab untuk mencari dan memelihara kesejahteraan yang dimiliki dalam setiap aspek tersebut, sama ada untuk kesejahteraan…