Ke Mana Hala Tuju Selepas Ramadhan?

Memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadhan, beerti semakin hampir umat Islam akan menamatkan kem latihan Ramadhan. Namun, apakah pesta ibadah dan kemeriahan yang dirasakan dalam bulan ini akan berakhir di kala satu Syawal menjelma? Biarpun, Ramadhan masih belum melabuhkan tirainya, wajarlah bagi kita untuk memeriksa kembali  perjalanan Ramadhan yang telah dilalui pada tahun ini agar…

Hayati Pengajaran Bermakna daripada al-Qur’an Sempena Ramadan

Penurunan al-Qur’an yang mulia pada salah satu malam Ramadan (Lailatul Qadr) menjadikan penghulu segala bulan ini lebih istimewa. Al-Qur’an yang merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w. memiliki pelbagai peranan penting dalam kehidupan manusia. Kitab yang memiliki pelbagai nama itu antaranya bertindak sebagai panduan dan bimbingan, iaitu yang membawa manusia daripada kesyirikan dan kejahilan kepada cahaya…

Meraikan Kunjungan Tetamu Yang Mulia

Sama ada ia dinanti atau kunjungannya disambut dengan hati yang sepi, ia tetap datang lagi. Namun, Baginda Rasulullah SAW mengatakan bahawa kita seharusnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Gembiranya hati menyambut kehadiran tetamu yang Allah SWT muliakan ini menandakan wujudnya iman di hati. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah menyebut, “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan,…

Mengurus Kemahiran Hidup Elak Berhutang

Laporan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) baru-baru ini menunjukkan tahap kualiti hidup rakyat Malaysia pada tahun 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini memberi gambaran bahawa terdapat peningkatan kemajuan kualiti hidup rakyat Malaysia yang merangkumi aspek fizikal, sosial dan ekonomi terutama dalam kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dalam memperoleh pengetahuan dan menikmati taraf…

Cabaran Pusat Kesihatan Mental Komuniti

Sesuatu yang menggembirakan apabila baru-baru ini iaitu di sekitar awal bulan Jun 2012 yang lalu, pihak kerajaan telah pun menetapkan akan menubuhkan pusat kesihatan mental komuniti bagi setiap negeri di negara ini. Sememangnya ini adalah satu langkah bijak dan proaktif bagi meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mental masyarakat di negara ini. Rakyat dan semua anggota masyarakat…

Maqasid Al Syariah Sebagai Dasar Perniagaan Orang Islam

Setiap penciptaan Allah ada hikmah dan tujuannya dan adalah mustahil bagi Allah menjadikan sesuatu perkara tanpa arah tuju dan matlamatnya. Manusia harus menyakini bahawa penciptaan tersebut adalah bertujuan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Manusia diperintahkan untuk mentadabbur dan bertafakur melihat hikmah di sebalik sebarang penciptaan Allah. Allah SWT telah membantu manusia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut…

Ada Kaitankah Isu Bioetika Kepada Masyarakat

“Saya mahukan zuriat, bolehkah kaedah ibu tumpang membantu saya? Ibu saya sudah lama koma, saya mahu melihat kesakitan ibu ditamatkan? Isteri saya telah mengalami keguguran dan doktor mahu menjalankan penyelidikan ke atas janin, bolehkah saya memberikan keizinan? Saya memerlukan buah pinggang bagi menggantikan buah pinggang saya yang rosak teruk dengan segera, bolehkah saya membelinya? Apa…

Cabaran Pemakanan Halal, Mendidik Pengguna Bermaklumat

Dalam persoalan halal dan haram sepertimana yang telah disyariatkan oleh Allah SWT, manusia dapat meneroka sempadan kebaikan dan keburukan sebagai panduan asas untuk kepentingan kehidupan. Pembuktian saintifik melalui kajian dan penyelidikan menunjukkan bahawa setiap perkara yang halal mendatangkan manfaat manakala yang haram sudah pasti akan wujud mudarat bersamanya. Namun, bagaimana untuk memastikan sesuatu produk makanan…