Pengislahan Pesalah Tuntut Iltizam Tinggi Masyarakat

Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah Hadith, “Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.” (Al-Tirmizi). Hadith ini menunjukkan bahawa ruang dan peluang sentiasa terbuka untuk orang yang melakukan dosa bagi menebus kesilapannya dengan syarat ia bertaubat dengan sejujurnya kepada Allah. Hadith ini diteguhkan oleh Hadith-Hadith…

Maqasid Politik Negara Islam

Setiap benda yang bernyawa dan hidup di dunia ini, masing-masing mempunyai matlamat. Dan secara umumnya, matlamat manusia adalah sama iaitu, mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan. Cuma bentuk dan ukuran setiap kebahagiaan dan kesejahteraan itu amat relatif sifatnya. Hatta disebut oleh al-Farabi bahawa tujuan bernegara (juga) adalah hendak mencapai kebahagiaan. Kata-kata al-Farabi disambut oleh Imam Abdul Hamid…

Hak Mendapat Upah Dalam Syarak

Pada awal bulan ini kerajaan bersetuju menetapkan gaji minimum sektor swasta setelah 10 tahun tuntutan ini dibuat oleh pihak berkaitan khasnya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Gaji minimum di Semenanjung ditetapkan pada RM900 manakala di Sabah,Serawak dan Labuan RM800. Ini memberi kelegaan kepada lebih kurang 3.2 juta pekerja swasta di seluruh negara menikmati tangga gaji pokok lebih…

Menangani Kos Sara Hidup dan Mencapai Pembangunan Seimbang

Ucapan Laporan Tahunan GTP dan ETP 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Isnin lalu telah memberi satu pandangan baru kepada rakyat Malaysia mengenai program-program penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan semenjak Model Baru Ekonomi diperkenalkan. Mungkin selama ini ramai di antara kita kurang memahami rancangan-rancangan ekonomi menuju ke arah negara maju walaupun sering…

Suburkan Budaya Menuntut Ilmu

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 telah pun diumumkan. Pencapaian pelajar kita keseluruhannya semakin baik. Seramai 559 daripada 468,808 calon SPM tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak…

Ubat-ubatan Halal : Di manakah Umat Islam?

Kejahilan dan kekurangan ilmu serta maklumat masyarakat Islam tentang keutamaan yang perlu diutamakan dalam Islam menyebabkan kadangkala segelintir daripada mereka meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Akibatnya, timbul kelompongan dalam masyarakat yang menyebabkan ia menjadi keributan yang tiada berkesudahan. Dilema yang melanda masyarakat Islam hari ini bukan setakat berkisar kepada makanan malah juga melibatkan dunia…

Apabila Manusia Hilang Kewarasannya

Perkahwinan ditakrifkan oleh beberapa buah kamus bahasa Inggeris terkemuka dunia sebagai penyatuan atau kontrak undang-undang antara seorang lelaki dengan wanita untuk hidup sebagai suami dan isteri (Collins English Dictionary, 2000). Dalam maksud yang lain, perkahwinan merupakan ikatan undang-undang antara lelaki dengan wanita untuk hidup bersama dan lazimnya memiliki zuriat (Oxford Modern English Dictionary, 1992). Selain…

Rasuah Dalam Ibadah Haji: Pencabulan Terhadap Tazkiyyah Kerohanian

Dari orientasi konsepsinya ibadah ini bermaksud “kunjungan”, manakala dari sudut syarak pula ia bermakna kunjungan ke Baitullah al-Haram di Mekah dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. Seruan untuk mengerjakan haji telah termaktub sebagai salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh individu Muslim. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah…

Akhlak Buruk Meruntuhkan Peradaban Bangsa

Kemajuan dan tamadun yang tinggi merupakan sesuatu yang dicita-citakan oleh semua bangsa. Pembinaan tamadun atau peradaban bangsa tidak boleh berlaku secara sekelip mata dan ia  merupakan suatu proses yang memakan masa. Mengekalkannya juga bukan tugas yang mudah. Kekuatan dari aspek pertahanan negara, ekonomi dan politik merupakan asas  dan elemen utama untuk membina dan mengisi peradaban itu sendiri.…

Apabila Hujan Rahmat Bertukar Menjadi Bencana

Pastinya rata-rata kita sering mendengar ungkapan bahawa “hujan itu merupakan satu rahmat”. Namun demikian, sejauh manakah kita menyedari akan hakikat ini? Lebih-lebih lagi pada hari ini, ungkapan tersebut seolah-olah sudah tidak relevan lagi terutamanya bagi warga kota seperti di Kuala Lumpur. Malah, setiap kali kedatangan rahmat Tuhan ini, ia menimbulkan kerisauan kepada penduduk kota. Ini…