Sarapan Pagi : Jangan Diremehkan

Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang enteng. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan…

Pemikiran Rasional dan Positif Memperbaiki Kesihatan Mental

Ajaran dalam agama Islam mewajibkan setiap umatnya mempercayai perkara-perkara berkaitan Sam’iyyat , iaitu perkara-perkara di alam ghaib, seperti kehidupan alam ruh, kewujudan jin dan syaitan, kewujudan syurga dan neraka, serta sebagainya. Mempercayai akan kewujudan unsur-unsur ghaib seperti ini sebenarnya merupakan asas kepada rukun Iman. Antara lain tujuannya ialah untuk memberi panduan dan pedoman kepada umat…

Syariah Memantau Akhlak Dalam Rumah Tangga

Pada dasarnya isteri wajib mentaati suami, selagi ketaatan tersebut dalam lingkungan perkara yang diharuskan syarak. Sehinggakan perkara atau ibadah sunat yang hendak dikerjakan oleh isteri pun harus mendapat keizinan suami terlebih dahulu. Begitulah besarnya kuasa atau autoriti suami yang diberikan oleh Allah SWT disebabkan berat dan besar tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga. Selama mana satu-satu…

Umara dan `Ulama Penentu Kelangsungan Ummah

Maksud sebuah Hadith menjelaskan bahawa faktor penentu sama ada baik, atau sebaliknya buruk sesebuah masyarakat bergantung pada dua golongan, iaitu umara’ dan `ulama’. Apa yang diungkap dalam Hadith ini kelihatan amat bertepatan dengan apa telah berlaku sepanjang sejarah dan juga dapat disaksikan berlaku pada hari ini. Hubungan yang bersifat timbal-balik antara kedua-dua golongan ini ternyata…

Jalan Penyelesaian Memperkaya Sumber Ekonomi Umat Islam

Populasi umat Islam di negara kita adalah yang terbesar mencecah 61.3 peratus. Walaupun peratusannya terbesar namun kekayaan yang dimiliki oleh umat Islam masih lagi kurang memberangsangkan. Ini ditambah dengan kadar kemiskinan ummah masih mencecah 5.3 peratus manakala kaum Cina misalnya hanya 0.6 peratus. Persoalannya mengapa keadaan ini berlaku? Adakah kekayaan itu tidak diagihkan sama rata…

Kenaikan Penalti: Mampukah Mengekang Jenayah Alam Sekitar?

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan dibawa ke Parlimen pada Mac 2012 jelas membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam mengekang jenayah alam sekitar di negara kita. Di bawah cadangan pindaan ini, kerajaan akan menaikkan penalti terhadap pelanggaran Seksyen 2 akta tersebut iaitu daripada RM100, 000 kepada RM500, 000. Melihat kepada…

Semua Pihak Harus Berusaha Jadikan Belia Kekal Baik

Imam Al-Ghazali pernah berkata: “Jika kita ingin tahu corak dan rupa masa depan maka lihatlah kepada generasi muda hari ini”. Justeru agak menakutkan apabila baru-baru ini  akhbar melaporkan bahawa lebih 6 juta belia negara menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Dapatan ini telah diperolehi oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melalui media…

Kerjasama Ke Arah Minat Sains Yang Mendalam

Jika membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang bajet 2012 dan PRU 13 merupakan antara berita yang mendapat perhatian. Apakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan yang lain pula. Perbincangan yang dimaksudkan ialah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting…