Menangani Idea Terlampaui Blogger

Era pascamodenisme merupakan era lambakan maklumat dan pelbagai informasi. Jika dalam era sebelum ini ilmu atau sebarang maklumat hanya boleh diperoleh melalui sumber yang terhad, tetapi pada hari ini, begitu banyak maklumat yang hanya berada di hujung jari. Walau bagaimanapun, maklumat yang terlambak di hadapan kita belum pasti benar dan boleh memberi sumbangan kepada pembinaan…

Salah Faham Gangguan Mental di Kalangan Umat Islam

Kita sering mendapati di kalangan umat Islam Melayu di negara ini yang menghidapi penyakit mental akan pergi mendapatkan rawatan penyakit yang mereka alami daripada mana-mana individu yang mereka lihat mempunyai kuasa, hubungan atau pegangan kepercayaannya yang kuat terhadap perkara berkaitan supernatural. Kepercayaan supernatural atau supranatural berlaku apabila seseorang itu mempercayai akan kewujudan satu sumber kuasa atau tenaga yang berada di…

Lupa Tuhan Mengundang Bencana

Apabila kita berbicara mengenai pembangunan manusia kini, kita akan menjadi bingung buat seketika kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku.  Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini.  Bermula daripada institusi kekeluargaan yang kucar-kacir hinggalah kepada tandusnya akhlak yang mulia, runtuhnya pemikiran sihat,…

Mengurus Risiko Kemalangan Kanak-Kanak

Anak-anak kita terdedah kepada kemalangan. Pelbagai peristiwa sedih yang melibatkan anak-anak kita sentiasa menghiasai berita dalam media massa dari dahulu sehinggalah sekarang. Di sini penulis ingin mengimbas kembali beberapa peristiwa yang berlaku. Pada 3 April 2007, M. Sri Mathi, 3 tahun mati dikatakan tertinggal lebih sejam di dalam kereta ketika bapa kanak-kanak malang itu dilaporkan…

Pemimpin Muslim Yang Baik Tidak Mencela

  Apabila golongan pemimpin mula mencela, maka apakah yang cuba ditunjukkan atau diajarkan kepada golongan rakyat bawahan? Kecenderungan golongan pemimpin masa kini, terutamanya pemimpin Muslim, menggunakan kata-kata kesat untuk menjatuhkan lawan masing-masing sangat dikesali. Perbuatan itu amat memalukan, merendahkan martabat diri dan mengundang perbalahan dan permusuhan yang tiada titik penghujung.  Lebih hina lagi apabila tindakan itu…

Cabaran Era Pasca-Modenisme Kepada Umat Islam

Pada hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pemikiran, antaranya adalah fahaman pasca- modenisme. Era pasca- modenisme menyaksikan perubahan nilai terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia. Ia merupakan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Fahaman ini disebarkan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat. Fahaman pasca-modenisme mementingkan manusia mempunyai kebebasan…

Obesiti Kanak-kanak: Dimanakah Peranan Ibu Bapa?

Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa…

Mempertingkatkan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Masyarakat

Satu perkara yang merungsingkan kita semua apabila dianggarkan ramai penduduk di negara ini akan mengalami pelbagai bentuk gangguan berkaitan kesihatan mental menjelang tahun 2020.  Ini adalah anggaran yang telah dinyatakan oleh sebuah laporan akhbar pada 17 Ogos tahun 2005 di mana pada tahun 2020 itu nanti, penyakit mental dianggarkan akan menjadi penyakit nombor satu negara. Tahun…

Pengisytiharan Tahun Kelawar: Usaha Atasi Ancaman Kepupusan

Sebagai salah satu usaha menyelamatkan spesies kelawar yang kini terancam,  Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Spesies Berhijrah (CMS) dan Perjanjian Kesepakatan Mengenai Pemulihan Populasi Kelawar Eropah (EUROBATS) serta Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia (WAZA) telah menamakan tahun 2011 dan 2012 sebagai tahun kelawar. Sempena tahun kelawar ini pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi memberi dan menyuntik kesedaran…