Peranan Pekerja Laksanakan Amanah

Baru-baru ini, timbul satu kenyataan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, yang menyatakan bahawa seramai 6,133 penjawat awam yang bermasalah dalam tahun 2009 berbanding seramai 5,344 pada tahun 2008. Peningkatan peratusan sebanyak 14.76 peratus memberi gambaran bahawa tahap integriti dan disiplin pekerja semakin menurun dan merosot. Adakah kemerosotan ini berpunca daripada diri pekerja itu atau sebaliknya?…

Kreativiti dan Kesihatan Mental

Kreativiti didefinisikan sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk melahirkan atau menghasilkan sesuatu idea atau objek yang baru dan amat bernilai dalam kehidupan. Seorang penyelidik kreativiti, Mumford, di dalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Where have we been, where are we going? Taking stock in creativity research’ menyatakan bahawa kreativiti itu adalah satu proses yang mengakibatkan kepada sesuatu penghasilan…

Adab Bermusyawarah Dalam Islam

Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama atau urusan dunia  merupakan lumrah hidup dan tabie hidup manusia.  Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertelagah sesama sendiri sehingga membelakangkan adab dan etika.  Bahkan dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan.  Contohnya,…

Persediaan Hadapi Krisis Tenaga

“Negara mungkin akan berhadapan dengan krisis tenaga dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.” Itulah antara intipati akhbar Berita Harian pada minggu lepas. Kenyataan tersebut bukanlah suatu omongan kosong. Tetapi, ia merupakan hakikat yang mungkin bakal kita hadapi jika terus bergantung sepenuhnya kepada sumber bahan api fosil seperti arang batu, gas dan petroleum sahaja bagi menjana…

Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Fizikal

Pepatah Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau aqal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam mewujudkan kewarasan aqal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula mengatakan ‘there is no health without mental health’. Ungkapan ini pula melihat bahawa kesihatan yang menyeluruh itu tidak akan menjadi…

Benarkah Remaja Kita Bermasalah

Apabila menyebut perkataan remaja ramai yang meletakkan satu tanggapan bahawa remaja adalah golongan yang bermasalah dan memberikan banyak permasalahan kepada masyarakat. Jarang sekali kita mendengar dalam kalangan masyarakat menyebut tentang kehebatan, kelebihan dan kebaikan yang ada pada remaja. Benarkah remaja hari ini banyak mendatangkan masalah? Persoalan tersebut mungkin ada kebenarannya. Melihat kepada data statistik yang…

Memastikan Bumi Malaysia Aman dan Tenteram

Buat pertama kalinya kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia yang disambut pada 16 September sebagai cuti umum. Pada tarikh ini, genaplah 47 tahun Sabah dan Sarawak berada di bawah naungan kerajaan Persekutuan Yang Dipertuan Agong. Sambutan Hari Malaysia bukanlah semata-mata sambutan perayaan ataupun cuti umum tetapi merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan besar negeri Sabah dan…

Pusat Perubatan Harus Mesra Ibadah

Setiap yang bernyawa pasti akan mati kerana itu janji azali. Dan sakit adalah perantara di antara hidup dengan mati. Manakala  kewajipan setiap hamba terhadap Tuhannya seperti pelaksanaan solat tidak boleh ditinggalkan tanpa uzur syarii. Sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia memutuskan hubungan dengan Tuhan yang menciptakannya sedangkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi dalam keadaan…

Eko-Inovasi: Pemacu Kelestarian Alam Sekitar

Pengisytiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia dilihat satu permulaan yang baik bagi menggerakkan usaha-usaha yang seterusnya ke arah penyuburan budaya inovasi di kalangan masyarakat. Antara salah satu usaha yang cukup penting ialah langkah awal kerajaan dengan memperkenal dan mempergiatkan lagi penerokaan eko-inovasi bagi membela nasib alam sekitar yang kian bercelaru pada hari ini. Ia…

Keterbukaan Sikap Pendorong Kelincinan Organisasi

Keterbukaan sikap merupakan salah satu corak komunikasi kepimpinan yang penting. Dalam konteks organisasi pemimpin yang mempunyai sikap terbuka dapat memperlihatkan kesanggupan untuk menerima teguran yang membina, bersedia untuk mendengar dan menerima pendapat, mudah diajak berbincang dalam segala masalah serta bersedia berkongsi maklumat berkaitan tugas. Malah perkongsian itu bukan sekadar kesediaan pemimpin mendengar  pandangan atau buah fikiran…