Sejarah Undang-undang Islam Di Malaysia: Kemestian Untuk Memahaminya
Masih ada lagi yang mentafsir agama Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan tafsiran yang sempit; iaitu bersifat upacara dan istiadat sahaja. Kefahaman ini merujuk kepada penggunaan Islam dalam upacara-upacara rasmi seperti ucapan basmalah dan bacaan doa semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Apabila Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, tanpa menafikan agama-agama lain boleh diamalkan…