Lombong Pasir Dikhuatiri Jejas Alam Sekitar

Demam Piala Dunia baru sahaja berakhir. Kini, isu korek pasir pula hangat diperkatakan. Isu tersebut begitu cepat meraih perhatian umum sejak kebelakangan ini memandangkan ia melibatkan kelangsungan masa depan alam sekitar dan juga penghuni di dalamnya. Kegiatan melombong pasir yang sedang giat dijalankan kira-kira 50 meter daripada taman rekreasi Paya Indah Wetlands begitu menggusarkan hati…

Pemerkasaan Hak-Hak Wanita Islam

Perbincangan mengenai hak-hak wanita Islam dari sudut undang-undang kekeluargaan tidak pernah surut dalam mana-mana forum masyarakat sama ada formal ataupun tidak formal. Secara ringkasnya, hak-hak wanita Islam merangkumi hak-hak sebelum dan semasa perkahwinan, serta selepas perpisahan dengan pasangan sama ada bercerai hidup atau disebabkan kematian pasangan. Dan isu yang paling besar berbangkit adalah yang merujuk…

Tingkatkan Imej Pahlawan Negara

Membela agama, bangsa dan negara dengan sagala kemampuan yang ada adalah satu kewajipan yang dituntut dalam Islam. Mempertahankan agama dan negara bukanlah satu perkara yang mudah sekiranya tidak ada persediaan rapi dilakukan. Perancangan rapi dan usaha-usaha ke arah menyediakan kemampuan pertahanan mesti dilakukan secara berterusan demi memastikan pihak-pihak yang terlibat senantiasa bersiap-sedia untuk berhadapan dengan…

RMK10 Pertingkat Taraf Kesihatan Mental Rakyat dan Pekerja

Kerangka dasar Rancangan Malaysia Ke-10 telah pun dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh antara 2011-2015. Di antara beberapa dasar yang paling menarik ialah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup yang sempurna di kalangan rakyat. Sememangnya setiap individu adalah berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang…

Ummah Yang Perlu Dimuhasabah

Menjadi satu kewajaran yang dituntut untuk ummah ini sentiasa menyingkap kelemahan-kelemahan yang ada dan membiasakan dimuhasabah agar dapat meningkatkan kualiti diri.  Muhasabah adalah suatu yang sangat diperlukan kerana ianya dapat membuka mata bagi melihat apakah hambatan-hambatan yang perlu dirungkai agar ummah ini dapat mampu bangun di atas kaki sendiri.  Antara kelemahan-kelemahan yang telah lama menebal pada umat…

Hari Alam Sekitar Sedunia Sebagai Pemacu Kesedaran

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud: “…sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Ayat tersebut jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha…

Tukar Kerja Atau Tukar Sikap Terhadap Kerja Dalam Organisasi

Sedarkah kita kejayaan dalam bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.  Sikap ditakrifkan sebagai penilaian mengenai diri dan alam sekeliling hasil dari pemikiran dan perasaan mengenai sesuatu perkara seterusnya terpancar pada perbuatan dan perkataan. Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka,  menyatakan bahawa 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, …

Cabaran Semasa Ibu Tunggal

Hari Ibu bagi saya hanya merupakan perlambangan kepada pengiktirafan terhadap kaum hawa bergelar ibu sebagai agen sosialisasi awal kepada anak-anak dengan pendidikan agama sebagai asas dan prinsip-prinsip kehidupan serta penerapan nilai-nilai masyarakat. Atau dengan kata lain yang lebih mudah, biasanya manusia mula mengenal dunia dan huruf dengan bimbingan insan yang melahirkan. Mungkin juga ia tidak…

Masih Relevankah “Jangan Jaga Tepi Kain Orang”

Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain.  Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain.  Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang membawa maksud…

Mesej Pulihara Hutan Masih Tidak Diendahkan

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung aktiviti pencerobohan hutan dan pembalakan haram yang masih berleluasa pada bulan lepas jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran awam berhubung kepentingan menjaga khazanah hutan masih lagi berada pada tahap rendah. Walaupun telah banyak penguatkuasaan dilakukan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti pembalakan…