Apakah Yang Anda Lakukan Untuk Sekolah Anak Anda?

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah anak-anak kita itu? Dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat…

Menggilap Erti Kemerdekaan

Walaupun sambutan kemerdekaan ke 52 kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun hakikat kefahaman terhadap kemerdekaan itu sendiri tidak seharusnya diabaikan.  Rata-rata rakyat memahami bahawa wabak H1N1 yang menyerang tanahair mutakakhir ini sehingga sambutan kemerdekaan itu sendiri terpaksa diubahsuai adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.   Namun seharusnya diambil perhatian bahawa tidak memahami hakikat kemerdekaan adalah…

Bila Patriotisme Semakin Luntur

Ujar Ibnu Khaldun secara fitrahnya setiap peradaban bangsa akan melalui tiga zaman atau peringkat; kemunduran, kemewahan dan kehancuran. Peringkat atau zaman kemunduran merupakan proses perjuangan mempertingkatkan keadaan hidup yang mundur, daif atau terjajah kepada keadaan yang merdeka, lebih aman, selesa, maju dan seimbang. Apabila peringkat yang seimbang telah dapat dicapai, maka warga bangsa akan meneruskan…

Cabaran Pengurusan Krisis H1N1

Jika kita ditanya tentang kementerian manakah yang paling sibuk sekarang ini, jawapannya tentulah Kementerian Kesihatan. Ini berikutan penularan virus influenza A (H1N1) di negara ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merujuk penularan ini sebagai satu pandemik di mana ia telah melanda lebih 170 negara. Sehingga 6 Ogos 2009, pertubuhan ini melaporkan sebanyak 177457 kes telah dikesan dengan 1462…

Kemahiran Pengurusan Kewangan Penting Untuk Elak Hutang

Baru-baru ini dilaporkan bahawa begitu ramai penjawat awam yang berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan. Penulis pasti ini bukan masalah para penjawat awam sahaja. Adalah lazim untuk kita berhutang bagi membeli kedua-dua harta ini kerana harganya yang tinggi. Malah, berhutang untuk memiliki rumah dan kenderaan dianggap wajar kerana kedua-duanya merupakan keperluan dalam hidup kita berdasarkan…

Memasyarakatkan Sains , Menyemarakkan Tradisi Ilmu

Iqra’ yang membawa maksud bacalah merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Bertitik tolak dari saat itulah, pengembangan ilmu bermula. Wahyu yang mengajak umat manusia agar terus meneroka ilmu melalui pembacaan, pemahaman kemudian mengamalkannya dan seterusnya menyebarkan ilmu agar setiap hati sentiasa mengakui akan kebesaran Allah. Al Quran…

Bila Bank Mengambil Balik Payungnya

Ada orang mengatakan bahawa bank itu ibarat sebuah badan yang memberi pinjam payung kepada orang ramai semasa cuaca baik dan mengambilnya semula apabila hari mula hendak hujan. Melihat kepada kesukaran segelintir ahli masyarakat untuk mendapatkan pinjaman yang akhirnya memaksa mereka meminjam dengan ah long, secara sepintas lalu, pandangan ini ada kebenarannya. Masalah bank yang keberatan…

Pendidikan Seks? Mengapa Tidak?

Apa sikap anda terhadap pendidikan seks?  Apakah anda menganggapnya sebagai sesuatu yang lucah maka ia tidak perlu disebut langsung apatah lagi direncanakan?  Atau anda merasakan ia sebagai satu keperluan apatah lagi dalam keadaan masyarakat hari ini? Sebagai ibu atau bapa, adakah anda merasakan anak-anak anda, khususnya remaja, perlu diberi pendidikan seks?  Jika perlu, siapakah agaknya yang patut memberikan…

Sampah Di Mana Kesedaran Masyarakat?

Hidup dengan sampah memang tidak mengenakkan.  Namun, dalam kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan beraneka jenis sampah.  Manusia membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada saja kesempatan.  Natijahnya sampah di mana-mana saja ada sampah, di rumah, pejabat, kedai, pasaraya, tepi parit, tepi pantai, tepi dan dalam sungai, bahkan kini manusia sudah mula pandai membuat dan membuang sampah di…