Hakam Merawat Derita Fasakh

Setiap perselisihan rumah tangga mempunyai latar belakang yang berbeza dan tersendiri. Dan setiap individu sama ada sebagai pihak suami ataupun isteri juga mempunyai keperibadian yang berbeza. Itulah sebabnya agama Islam melalui Undang-undang Keluarganya mempunyai beberapa pendekatan tertentu untuk menyelesaikan sebarang perselisihan rumah tangga. Sekiranya sesebuah rumah tangga yang bermasalah masih mempunyai peluang dan harapan untuk…

Ilmu Yang Benar Penyelamat Manusia

Di saat kita membicarakan perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, kita sebenarnya melahirkan manusia yang bingung dan keliru, kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku. Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini. Bermula daripada institusi…

Memanfaatkan Kegiatan Belia Demi Menuju Gagasan Baru Negara

Bersatu teguh, bercerai roboh! Begitulah gagasan Satu Belia:1Malaysia yang cuba diterapkan dalam penyusunan semula pembangunan belia hari ini. Seiring dengan matlamat tersebut, golongan belia yang berusia antara 15 sehingga 39 tahun adalah merupakan usia yang paling subur untuk mencapai gagasan tersebut, apatah lagi golongan ini dijangka mencecah 11.6 juta orang menjelang tahun 2010. Gagasan Satu…

Pembelajaran Sepanjang Hayat Tuntutan Islam

Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring dengan kelahiran agama Islam itu sendiri. Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan…

Akhlak Penentu Kelangsungan Tamadun Bangsa

Menurut ajaran agama Islam, akhlak yang mulia merupakan unsur penting yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Malah tujuan nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia adalah cerminan kebersihan hati yang diterjemahkan menerusi tingkah laku sipemiliknya. Jadi, jika seseorang itu beriman dan mengamalkan apa yang disuruh oleh…

Siapa Menjaga Anak-Anak Anda?

Penulis berhasrat untuk memulakan makalah ini dengan satu soalan yang khusus ditujukan kepada suami-isteri bekerja serta memiliki anak kecil, “Siapakah yang menjaga anak-anak anda ketika anda keluar bekerja?”Lazimnya, suami-isteri yang bekerja akan memilih salah satu daripada bentuk penjagaan anak yang berikut: (i) pusat jagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat; (ii) pengasuh yang terdiri dari…

Hari Pekerja: Hari Memperlihatkan Kualiti dan kecemerlangan

Saban tahun, 1 Mei disambut sebagai Hari Pekerja, dan hari tersebut menjadi cuti umum kepada selurh rakyat di negara ini. Kebiasaannya hari ini berlalu dengan tiada apa-apa yang istimewa atau kegiatan yang memperlihatkan kehebatan seorang pekerja melainkan ianya diisi dengan bersiar-siar, membeli-belah, balik kampong atau apa-apa amalan yang lebih bersifat kekeluargaan atau kemasyarakatan. Sebenarnya alam…

Pemaju Perumahan Perlu Jujur Dan Berakhlak

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Di antara kebahagiaan hidup seseorang itu ialah mempunyai isteri yang baik, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik” (Riwayat Imam Ahmad).  Maka, memiliki kesemua ini menjadi idaman setiap ketua keluarga. Pasangan suami-isteri yang berkahwin akan berusaha untuk memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan masing-masing.  Rumah kos rendah, menengah atau mewah,…