Benarkah Banyak Kes Perceraian Yang Tertangguh Di Mahkamah Syariah?

Kita sering mendengar atau membaca dakwaan bahawa banyak kes perceraian di Mahkamah Syariah tertangguh untuk satu jangka masa yang lama. Dalam kes seperti ini, yang kerap kali menjadi mangsa ialah para wanita. Wanita yang hendak digelar “isteri”, suaminya tidak lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Manakala hendak digelar “janda”, suaminya belum lagi melafazkan talak terhadapnya.…

Mengimbau Sejarah Tradisi Hamam

Kesan-kesan arkeologi hari ini menunjukkan kewujudan tradisi hamam (hammam atau spa) seawal zaman Bani Umayyah di bandar- bandar Fustat (Mesir) dan Basrah (Iraq). Tradisi ini berterusan sehingga ke hari ini memandangkan kepada kepentingannya. Kegunaan hamam untuk tujuan mandi hadas menjelaskan kenapa tradisi ini mempunyai nilai keagamaan dan dianggap antara kemudahan asas yang terpenting dalam bandar…

Piawaian Halal Sistem Pengurusan Kualiti Pemangkin Kepada Peningkatan Pencapaian Syarikat

The International Organization For Standardisation (ISO), iaitu badan pembangunan piawaian antarabangsa yang turut mempunyai rangkaian hubungan  dengan 157 buah institusi piawaian kebangsaan di seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia mengunakan perkataan piawaian (standard) sebagai satu istilah untuk merujuk kepada usaha bagi menjadikan kehidupan lebih mudah menerusi peningkatan mutu barangan dan kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Manakala dari segi…

Masalah Buang Bayi Perlu Ditangani

Ketika merasmikan Bengkel “Hak Perlindungan dan Keselamatan Kanak-kanak” anjuran Pusat Perundingan dan Latihan IKIM baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen berkongsi pengalaman berikut. Menurut beliau, di zaman kecilnya apabila beliau bertanya kepada ibunya berkenaan dari mana beliau zahir, ibunya menjawab, “Tong sampah”.  Pada ketika itu, beliau dan keluarganya…

Mendepani Cabaran Masa Kini Secara Islami

Sesungguhnya cabaran abad ke-21 terasa amat getir sekali kepada umat Islam, apatah lagi ianya datang dalam pelbagai bentuk serta menikam umat ini dari pelbagai sudut.  Cabaran itu pula bukan sahaja dari luar tetapi juga dari kalangan golongan Muslim sendiri.  Hasilnya dapat kita lihat hari ini apabila ada sebahagian golongan tersebut yang berpaut pada budaya yang tidak seiring…

Hisbah Terhadap Barangan Daruriyyah

Al-Syirazi menyatakan bahawa ‘al-hisbah’ ialah tindakan mencegah perbuatan atau perkara yang boleh mengakibatkan bencana dan mudarat kepada orang ramai. Ada juga yang memaksudkan tugas dalam hisbah ialah menjalankan amal makruf dan nahi munkar dalam semua urusan yang tidak menjadi tugas khusus pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hakim-hakim dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan yang lain. Petugas badan hisbah mempunyai…

Bangsa yang Terpilih

Petang itu adalah satu lagi petang Ahad yang indah. Sinar mentari menghangatkan bumi setelah hujan semalaman, suatu hari yang amat sesuai bagi ibu bapa dan keluarga berkumpul bersama. Demikianlah suasana di rumah saya, jadi saya mengambil keputusan membawa anak-anak ke taman berhampiran rumah. Mereka mahu berlari-lari, menunggang basikal dan bermain-main. Kami berjalan-jalan di taman itu…

Keadilan Dan Kebertanggungjawaban Dalam Mentadbir Negara

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz (63h-101h) hanya sempat memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Bani Ummayah untuk selama 2 tahun setengah sahaja. Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat, Khalifah Umar berjaya mengubah dasar pemerintahan yang bersifat kebangsaan dan perkauman kepada sebuah kerajaan yang berpaksikan nilai agama Islam yang tulen. Rakyat pula berjaya menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan pada zaman…

Kos Hidup Yang Tinggi: Badan Kebajikan Perlu Pasti Diri Terus Bermanfaat (Relevan)

Kenaikan harga bahan api yang berlaku secara mendadak pada kadar yang tinggi yang diumumkan baru-baru ini, amat mengejutkan banyak pihak. Jika kita mahu merungut mengenainya, memang banyak perkara yang boleh dirungutkan seperti: “Mengapa ia dibuat secara mendadak?”; “Kenapa rakyat tidak diberi amaran lebih awal?”; “Kenapa rakyat tidak disediakan dalam masa sebulan dua?”; “Mengapa kadar kenaikan…

Sumbangan Ahli Perubatan Islam

As‘ad b. Ilyas b. al-Matran dianggap ahli perubatan terpenting dinasti Ayyubi. Dilahirkan di Damsyik Ibn Matran berasal dari rangkaian ahli perubatan yang mahir dalam ilmu perubatan Yunani di samping ilmu-ilmu perubatan Islam. Dari usia awal beliau menunjukkan minat dalam ilmu-ilmu perubatan sebahagiannya disebabkan oleh bapanya seorang ahli perubatan terkenal yang telah mendidik secara senyap anak-anaknya…