Menzahirkan Faham Kemanusiaan Menerusi Pinjaman Kecil Tanpa Faedah Wakaf Tunai

Faham kemanusiaan merupakan satu unsur penting yang terdapat di dalam ajaran agama Islam.  Pelaksanaan faham kemanusiaan di dalam ajaran agama Islam wujud dalam bentuk wajib dan juga sunat. Akan tetapi, jika kita berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w., ia banyak muncul dalam bentuk suatu kewajiban yang setaraf dengan arahan pelaksanaan solat, puasa mahupun haji.…

Tinjauan Ringkas Sejarah, Falsafah Dan Teori Muzik Islami

Pada umumnya muzik dilihat sebagai suatu seni untuk tujuan hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap sebagai suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya sendiri yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya. Terdapat suatu nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat;…

Azam Memperkasakan Rakyat

Umum maklum tentang keputusan pilihanraya yang berlangsung seminggu yang lalu. Kini, masa untuk semua wakil rakyat berkhidmat untuk orang yang telah memilih mereka. Sebelum agenda kerja sepanjang penggal ini dirancang dan diperkenalkan, elok juga dinilai kekuatan serta kelemahan sesuatu kawasan dan masyarakatnya supaya agenda kerja yang disusun dapat memperteguhkan lagi kekuatan tersebut serta memperbaiki kelemahan…

Biar Berbeza Pendapat, Tetapi Jangan Berpecah

Bahang pilihanraya makin terasa. Setiap orang pastinya teruja dengan keadaan pilihanraya yang semakin hangat kini. Barisan pemimpin yang bakal bertanding seharusnya sudah mempunyai perancangan yang berkesan untuk memenangi pilihanraya itu nanti manakala bagi pihak masyarakat awam pula sudah tentu memikirkan siapakah yang bakal dan layak digelar pemimpin untuk mereka nanti. Yang pasti, masyarakat perlu tahu…

Ibarat Perahu Tanpa Pendayung

Makalah makalah yang lepas berkisar pendekatan siasah serta berkenaan mengubah akal fikiran bangsa Melayu merupakan ikhtiar kami memahami dan mengemukakan suatu jawapan yang bernas lagi bermakna terhadap dilema semasa yang berlegar sekitar rangkai kata ‘Islam hadhari’. Kami telah melakukan hal ini, bermula dengan hasrat Perdana Menteri dan kebimbangan yang dinyatakannya tentang bangsa Melayu khasnya dan…

Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada  pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa…

Renungan Nasib

Sekiranya diteliti ucapan-ucapan siasah Dato’ Onn Ja’afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentad­biran beliau bukan sekadar bertujuan untuk menuntut kemer­dekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu. Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia…

Malaksanakan Kerja Sebaik Mungkin Kerana Ia Satu Tuntutan

Ramai yang memperkatakan tentang kecenderungan majikan mengambil pekerja asing. Ada yang melihat kecenderungan ini berpunca dari kos untuk menggaji pekerja asing yang lebih rendah berbanding pekerja tempatan. Maka, wujud cadangan agar kos ini disamakan supaya pekerja tempatan tidak menjadi pilihan kedua hanya kerana unsur gaji. Dalam pada itu, ada pula yang mengatakan bahawa majikan mengambil…

Kemelut Pemikiran Agama

SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul “Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah’. Saya mula membaca rencana tersebut, dan semakin jauh saya menekuninya semakin memuncak tekanan darah saya.…