Islam Hadhari Jadi Pemangkin Pembaharuan Undang-undang

Kodifikasi undang-undang sebenarnya suatu reformasi terjemahan terhadap pemahaman umat Islam terhadap syariah. Kodifikasi mungkin diberikan dengan pelbagai istilah seperti disebut sebagai `Majallah’ ketika zaman kerajaan Uthmaniah Turki atau `al-Nizam’ sebagaimana yang dibentuk di Arab Saudi. Negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia dan Pakistan mengenakan istilah akta, ordinan atau enakmen bagi maksud yang sama. Majallah al-Ahkam…

Mengejar Ilmu Tanpa Mengira Kedudukan

Pendekatan Islam Hadhari bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bertamadun dan salah satu asasnya ialah penguasaan ilmu pengetahuan. Satu lagi asas kepada kewujudan masyarakat hadhari ini ialah kehidupan berkualiti. Masyarakat hadhari tidak akan terbentuk selagi kualiti hidup masyarakat kita tidak berada pada tahap kualiti hidup masyarakat yang bertamadun. Apa yang menarik ialah perkaitan antara ilmu dan…

Keutuhan Moral Bantu Banteras Jenayah

Kemajuan yang ingin dicapai oleh sesebuah negara seolah-olah sudah sinonim dengan peningkatan kes berkaitan jenayah. Pengalaman dari negara-negara Barat yang telah lama maju menggambarkan situasi seperti ini. Dan fenomena yang sama kini turut menjangkiti masyarakat di negara ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana halangan utama dalam membina negara dan masyarakat yang bertamadun tinggi adalah sikap…

Hadanah demi Kesejahteraan Generasi Muda

Hati seorang ibu mana yang tidak terusik melihat satu kejadian di kaca televisyen swasta pada minggu lepas, adegan yang sangat dramatik dan mengharukan apabila melihat seorang ibu yang terpaksa menyerahkan kelima-lima puteranya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan kesempitan dan desakan hidup. Anak-anak itu dalam keadaan yang kurang terbela disebabkan si ibu tidak mempunyai…

Komitmen Individu Landas Peribadi Unggul

Telah hampir dua minggu berlalunya seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar ahli-ahli parti itu membantu dan membentuk masyarakat Melayu supaya memiliki personaliti unggul. Personaliti unggul ini merujuk kepada personaliti yang berjaya dalam bidang yang diceburi, pada masa yang sama mempunyai akhlak yang baik dan berhemah tinggi. Sejak itu, ramai yang memberi pandangan,…

Penghijrahan Sikap, Minda Ummah Hadapi Persaingan

Hijrah merupakan satu peristiwa amat penting dalam kehidupan orang Islam kerana terkandung di dalamnya pelbagai amanat dan pengajaran. Penghayatan yang penuh bermakna terhadap peristiwa ini sebenarnya mampu mencetuskan pelbagai sumber inspirasi dalam kehidupan seluruh masyarakat. Sebagaimana hijrah Nabi Muhammad itu telah membawa banyak perubahan dan kemajuan dalam diri dan kehidupan Baginda s.a.w serta di kalangan…

Islam Hadhari Perlu Difahami Semua Lapisan Rakyat

Dalam era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam telah diketengahkan. Ia dilaksanakan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Berikutan dengan itu bercambahlah ceramah-ceramah diadakan di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu. Ada yang mengadakan di waktu rehat dan inisiatif ini diambil oleh badan-badan kebajikan. Ada yang diadakan di sebelah pagi pada waktu pejabat. Ada…

Budi Bahasa Cermin Peradaban Bangsa

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita perlu disambut dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari kempen, ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita. Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperleceh atau menganggap orang yang…