Tsunami Menginsafkan

Walaupun fenomena bencana alam bukanlah perkara baru di negara kita, tragedi yang berlaku kali ini merupakan satu kejadian yang seolah-olah telah mengejutkan kita daripada terus dibuai `mimpi yang indah’. Secara tradisinya, Malaysia telah lama dikenali sebagai sebuah negara yang selamat disebabkan oleh faktor kedudukan geografinya yang terlindung daripada ancaman semula jadi oleh gugusan Kepulauan Melayu.…

Kebebasan Beragama Terus Dijamin

Pada hari Isnin yang lepas, saya terbang ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Airbus 330-200. Penumpang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah pelancong asing. Menuju ke Negeri Di bawah Bayu ini untuk mengurus pelaksanaan Seminar Harmoni Keagamaan di Malaysia yang diadakan pada 21 dan 22 Disember lalu. Bersama-sama saya ketika itu beberapa orang pembentang kertas kerja. Mereka…

Hidupkan Nilai-nilai Murni Bulan Syawal

Bagi orang Islam, Hari Raya Puasa disambut meriah kerana mereka telah berjuang selama sebulan menunaikan puasa dan memerangi hawa nafsu. Bagi sesetengah orang apabila sebulan berpuasa, sebulan jugalah berhari raya. Kesediaan untuk beraya selama sebulan memang ada. Senario menyediakan jamuan dan rumah terbuka selepas seminggu beraya secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan…

Di Manakah Kita Selepas Syawal?

Minggu ini ramai yang telah pulang semula dan meneruskan rutin harian, seperti sebelum menjelangnya Ramadan. Lebih kurang setiap sebulan setengah dalam tempoh setahun, umat Islam terutamanya di negara kita akan melalui satu pengalaman yang begitu berlainan berbanding bulan-bulan lain. Sesetengah orang lebih menikmati kemeriahan bulan Ramadan, kerana tidak kira sama ada siang atau malam, ia…

Serikan Sinar Syawal Tanpa Asap Rokok

Ketibaan 1 Syawal amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di serata pelosok dunia. Menjelangnya fajar di pagi Syawal ini menandakan bermulalah kemeriahan Aidilfitri. Segenap lapisan umat Islam tanpa mengira usia meraikan sambutannya dengan penuh kesyukuran. Aidilfitri merupakan satu perayaan yang suci atau fitrah dalam Islam, yang dianugerahkan Allah kepada seluruh hamba-Nya sebagai satu tanda kemenangan.…

Lakukan Tazkiyyah Demi Keredaan

Ada ketikanya `bersih’ itu belum dapat dikatakan sebagai `suci’. Suci adalah sifat yang mengandungi nilai-nilai spiritual dan keagamaan. Sucinya jiwa manusia apabila dia berada pada kedudukan yang diredhai Tuhannya. Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa amanah sebagai khalifah di muka bumi kerana anugerah akal yang diberi, sedang pada masa yang sama mempunyai nafsu yang mendedahkannya untuk…